MAVERICK Vinales Takluk Perlumbaan Sprint GP Portugal 2024

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/23/20242 min read

MAVERICK Vinales meraih kemenangan pertamanya bersama Aprilia selepas menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Portugal 2024 yang berlangsung penuh menghiburkan, malam tadi.

Vinales sebelum ini menyertai Aprilia selepas meninggalkan Yamaha dengan penuh kontroversi pada 2021 meraih keputusan terbaiknya bersama pengeluar Itali itu sekalipun berdepan masalah perut minggu ini.

Memulakan perlumbaan di petak kedua di Portimao, Vinales pada satu ketika berada di kedudukan keempat sebelum bangkit untuk mengejar pendahulu Francesco Bagnaia.

Dan kesilapan Bagnaia ketika perlumbaan berbaki empat pusingan dimanfaatkan sepenuhnya Vinales untuk kekal sebagai pendahulu dan melepasi garisan penamat dengan bergaya.

"Hari ini saya merasa cukup baik," kata Vinales. "Gembira untuk kembali ke posisi teratas. Kami menunjukkan yang kami mencari jalan. Tumpuan penuh kepada perlumbaan esok tetapi saya amat gembira hari ini.

"Kemenangan pertama saya untuk Aprilia."

Turut meraih kedudukan podium pertama bersama pasukan baharu adalah Marc Marquez apabila pelumba Gresini Ducati itu menamatkan perlumbaan sebagai naib juara.

Melengkapkan kedudukan podium adalah 'Raja' Perlumbaan Sprit, Jorge Martin.

Bagnaia dalam pada itu terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat namun paling kecewa pastinya rakan sepasukannya, Enea Bastianini yang menamatkan aksi di tangga ke-6 sekalipun memulakan perlumban di petak utama.

Turut mencipta kebangkitan di Portugal adalah pelumba Australia, Jack Miller yang menamatkan aksi di kedudukan ke-5.

Pelumba 'Rookie' tunggal MotoGP, Pedro Acosta mengekalkan prestasi baik apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-7 dan hero tuan rumah, Miguel Oliveira (Trackhouse Aprilia) di kedudukan ke-12.

Pelumba terbaik Yamaha kekal menjadi milik Fabio Quartararo di tangga ke-9 dan pelumba terbaik Honda adalah Joan Mir di kedudukan ke-14.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Portugal 2024

1. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), 19m 49.636s

2. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +1.039s

3. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +1.122s

4. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +4.155s

5. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +4.329s

6. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +4.384s

7. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +5.088s

8. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +6.161s

9. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +7.501s

10. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +8.484s

11. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +9.529s

12. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +10.519s

13. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +11.458s

14. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +14.035s

15. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +14.853s

16. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +16.049s

17. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +16.398s

18. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +24.907s

Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), DNF

Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF

Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), DNF

Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF

*Rookie.