MBP Morbidelli Kini Rasmi Di Malaysia, Pertaruh MBP C1002V, M502N (2024)!

PELANCARAN

5/30/20241 min read

MBP Morbidelli secara rasmi mengumumkan kehadirannya di Malaysia dan tiba bersama dua model - MBP C1002V dan MBP 502N (2024) yang dilancarkan sempena Malaysia Autoshow 2024.

Sebagai info, jenama motosikal asal Itali namun milik China itu tiba di Malaysia menerusi MForce Bike.

Terkenal dengan motosikal yang memiliki rekaan yang inovatif dan agak drastik, MBP 502N (2024) diposisikan dalam segmen 'Naked' manakala MBP C1002V (2024) berada dalam segmen 'Kruiser'.

Berikut adalah perincian membabitkan kedua-dua model.

MBP M502N (2024)

  • Harga: RM 27,888

  • Pilihan warna: Night Black, Lead Grey

  • Enjin 486 c, 2 Silinder Parallel-Twin, Penyejuk Cecair, Fi, Transmisi 6 Kelajuan

  • Kuasa 51.6 PS @ 8,500 rpm, torl 45 Nm @ 6,750 rpm

  • Panel meter TFT 4.2 Inci, Sistem lampu LED Penuh

  • Mod tunggangan, Kawalan Traksi

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran,

  • Brek cakera kembar 300 mm (depan), 240 mm (belakang) Kaliper J.Juan

  • Fork USD KYB (depan), mono (belakang) preload

  • 197 kg

MBP C1002V (2024)

  • Harga: RM56,888

  • Pilihan warna: Black, Grey, Blue.

  • Enjin 997 cc V-Twin, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Fi, SOHC, Transmisi 6 kelajuan Klac 'Slipper'

  • Pacuan tali sawat

  • Kuasa 70 kw @ 7,600 rpm, tork 102 Nm @ 6,500 rpm.

  • Panel meter TFT berwarna 5 Inci, Sambungan telefon pintar

  • Mod tunggangan

  • Kawalan Traksi

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran

  • Brek cakera kembar 320 mm (depan), 300 mm (belakang) Kaliper J.Juan

  • Fork USD KYB (depan), mono (belakang)

  • 268 kg

Seperti biasa, harga yang diumumkan oleh MBP Morbidelli Malaysia adalah asas, tak termasuk penxaftaran, cukai jalan dan insuran.