MBS 2026 Pentas Debut ZXMOTO 820RR Di Malaysia!
Selain ZXMOTO 820RR, MForce Bike selaku pengedar eksklusif jenama yang sedang tular ketika ini turut merancang untuk mempertontonkan dua lagi model, ZXMOTO 500RR dan ZXMOTO 500
TERKINI
5/20/20261 min read


PENGELUAR motosikal dari China yang sedang mencipta sensasi, ZXMOTO sah memasuki pasaran Malaysia menerusi MForce Bike sebagai pengedar eksklusif dan antara model yang ditunggu-tunggu adalah jentera berprestasi ZXMOTO 820RR.
Selain ZXMOTO 820RR, MForce turut merancang untuk mempertontonkan dua lagi model, ZXMOTO 500RR dan ZXMOTO 500F.
Tetapi tidak seperti dua model bersesaran 500 cc yang sudah dibelek oleh pihak media, penampilan ZXMOTO 820RR adalah debut sulung model berkenaan di negara ini.
Kepada yang tak tahu, ZXMOTO 820RR berjaya mencipta sensasi apabila jentera berkenaan berjaya menjulang ZXMOTO kemenangan di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) pada musim ini dalam kelas WorldSSP.
Dan menariknya, kemenangan yang diraih - dan semestinya sukar itu - bukan diraih sekali, namun 5 kali dalam 10 perlumbaan menerusi pelumba, Valentine Debise yang berlumba bersama pasukan ZXMOTO Factory Evan Bros Racing.
Sebagai rekod, ZXMoto diasaskan pada 2024 oleh Zhang Xue yang juga pengasas bersama KOVE.
Berbalik kepada ZXMoto 820RR, 'Sportbike' dengan rekaan menarik ini dipacu enjin bersesaran 818.8 cc, 3 Silinder Sebaris, 12 Injap, Penyejuk Cecair, Fi, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa berada pada pada angka 135 ps dengan tork 80 Nm.
Sebagai motosikal modan, ZXMoto 820RR menggunakan teknologi 'ride by wire' dan memiliki kapasiti tangki bahan ap 18 liter.

