'MEMANG Jangka Motegi Lagi Sukar Tapi...'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/6/20241 min read

FRANCESCO Bagnaia mengakui dia menjangkakan lebih kesukaran bakal dihadapi di Motegi berbanding Mandalika sebelum pada akhirnya bergelar pemenang berganda Grand Prix Jepun 2024.

Pada aksi di Indonesia, pelumba Ducati Lenovo itu meraih kemenangan pada Perlumbaan Sprint namun sekadar menduduki tempat ketiga pada perlumbaan utama.

Justeru, pelumba kelahiran Itali yang mendapat bimbingan legenda Valentino Rossi itu mahu keputusan di Motegi sebagai 'contoh' untuk baki kempen MotoGP musim ini.

"Saya menjangkakan lebih kesukaran," kata Bagnaia. " Tetapi kami berjaya untuk bekerja dengan sempurna sejak awal minggu dan saya mahu minggu ini menjadi contoh dalam minda saya untuk mengulanginya pada pusinhan berikutnya.

"Ini kerana saya fikir kami melakukan segala-galanya dengan cara yang sempurna dan perlumbaan hari ini lancar dan bagus.

"Jadi saya amat gembira.bsaya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya yang melakukan kerja yang menakjubkan. Ayuh pergi ke pusingan seterusnya."

Mengulas aksinya di Motegi, Pecco mengakui dia memberikan tekanan cukup kuat pada awal perlumbaan untuk bersaing dengan Pedro Acosta.

Tetapi malang sekali lagi menimpa pelumba GasGas Tech3 itu yang sekali lagi terjatuh ketika berada di kedudukan kedua.

"Bersama Pedro, saya perlu memberi tekanan yang lebih sedikit pada permulaan perlumbaan kerana saya fikir dia cukup terdesak untuk mendapatkan semula kedudukannya, dan dia juga amat hampir, bawah 0 5 saat, jadi amat sukar untuk mengawal tayar depan.

"Jadi saya fikir dia mahu memintas tetapi ia tidak mudah."