MENANG Di Estoril Jadi Keutamaan Toprak Razgatlioglu

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/2/20241 min read

TOPRAK Razgatlioglu tidak meletakkan fokusnya terhadap gelaran kseseluruhan WorldSBK musim ini sebaliknua memberi keutamaan untuk menang di setiap pusingan.

Berbaki dua pusingan sebelum musim 2024 melabuhkan tirainya, pelumba bintang Turki itu masih kekal sebagai pendahulu kejuaraan sekali pun tidak beraksi dalam dua pusingan di Magny-Cours dan Cremona.

Tetapi kepulangan semulanya di Aragon jelas menunjukkan impak positif apabila pelumba BMW Motorrad itu konsisten menaiki podium dalam ketiga-tiga perlumbaan ditawarkan.

"Perlumbaan Superpole amat menyeronokkan," kata Toprak mengulas persembahannya di Aragon kepada WorldSBK.com. "Ini kali pertama saya merasakan yang jentera saya berada dalam keadaan amat baik.

"Jentera saya mengambil selekoh dan berhenti dengan amat baik, perasaannya jauh lebih baik.

"Saya bertarung dengan (Nicolo) Bulega. Saya hampir menang tetapi pada selekoh sebelum itu, sya kahilangannya.

"Kenapa saya amat gembira? Kerana kami melakukan kerja yang menakjubkan minggu ini dan saya memberikan 100 peratus, saya menunggang lebih 100 peratus.

Sebelum aksi di Aragon, Razgatlioglu hanya dibezakan 13 mata dengan pencabar terdekatnya Bulega tetapi hasil tiga kedudukan kedua, jurang itu kembali dijarakkan kepada 39 mata menuju aksi di Estoril, Portugal.

Dan kelebihan itu memberi makna yang Razgatlioglu berpeluang untuk merangkul gelaran dunia WorkdSBK keduanyalebih awal.

"Mungkin di Estoril kami boleh menjadi juara dunia di sana, kita akan lihat.

"Tetapi saya hanya memikirkan untuk memenangi perlumbaan di sana kerana saya benar-benarmenggemari Estoril. Saya memenangi perlumbaan di sana bersama Yamaha dan bersama BMW, saya menunggu untuk kemenangan kerana saya perlu menang di sana sekali lagi.

"Selepas meraih begitu banyak kemenangan, tempat kedua rasa agak sukar buat saya," katanya.