MESEJ Jelas Dari Jorge Martin Kepada Ducati

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/13/20241 min read

JORGE Martin menampilkan satu lagi persembahan menakjubkan untuk merangkul kemenangan berganda Grand Prix (GP) Perancis 2024 di Le Mans yang ironinya turut memberikan mesej jelas kepada Ducati Corse.

Selepas memenangi Perlumbaan Sprint pada Sabtu, pelumba Pramac Ducati itu menjuarai perlumbaan utama, semalam dan menariknya menewaskan juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez dan penyandang juara, Francesco Bagnaia.

Ducati Corse ketika ini sedang berada situasi 'pening' untuk mengisi posisi kedua di pasukan 'kilang' Ducati Lenovo yang membabitkan tiga pelumba - Martin, Marquez dan Enea Bastianini.

Dan kemenangan di Le Mans jelas memberikan mesej jelas kepada Ducati Corse yang Martin adalah pelumba paling tepat mengisi kerusi panas untuk bergandingan dengan Bagnaia musim depan.

"Untuk melakukan rekod ketika kelayakan, Sprint dan perlumbaan pada Ahad adalah sukar," katanya. "Saya berkata kepada saya siapa nombor satu, siapa yang nombor dua!

"Minggu ini saya nombor satu, sungguh jelas. Saya amat gembira mengenai perkara ini dan menewaskan Marc dan Pecco menakjubkan.

"Mereka juara yang menakjubkan dan saya bukan juara MotoGP. Saya amat gembira untuk berada di posisi hari ini."

Kemenangan di Le Mans turut menyaksikan Martin terus mengukuhkan posisinya selaku pendahulu dalam carta kedudukan pelumba dengan 129 mata diikuti Bagnaia (91 mata) dan Marquez (89 mata).

Mengulas perlumbaan semalam, Martin mengakui bukan mudah untuk bersaing dengan pelumba yang memiliki status sebagai juara dunia MotoGP.

"Ini adalah kali keempat saya melakukan catatan rekod, Sprint dan kemenangan pada Ahad," kata Martin. "Ia bukan mudah dan kamu perlu berada dalam keadaan terbaik.

"Saya amat gembira mengenainya. Tiba di sini, kami berada di sini empat hari lalu sejak Khamis dan saya tidak menjangkakan keputusan ini. Saya amat gembira.

"Saya tidak mendapat permulaan yang bagus tetapi berada di belakang Pecco adalah strategi yang bagus kerana saya dapat mengkajinya dan biarkan beberapa pusingan dan cuba untuk berada pada tekanan tayar yang baik, kerada dalam keadaan ini, keadaan sejuk mungkin ia akan jatuh sedikit.

"Saya yakin berada di belakangnya dan apabila berbaki tujuh atau lapan pusingan saya berkata sudah tiba masanya untuk memintas. Saya cuba untuk pertama kali tetapi tak berjaya tetapi pada kali kedua, saya melakukannya dengan sempurna."