MFORCE Bike Bakal Umum Program Panggilan Semula 2 Model Baharu!
COO MForce Bike, Asri Ahmad, berkata syarikat komited untuk bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang isu membabitkan produk yang keluar daripada kilang syarikat itu.
TERKINI
7/20/20261 min read


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan akan melaksanakan program panggilan semula (recalled) terhadap 2 model terbaharu yang sudah berada di pasaran dalam masa terdekat, sebagai langkah menaik taraf kualiti serta meningkatkan keyakinan pengguna.
COO MForce Bike, Asri Ahmad, berkata syarikat komited untuk bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang isu membabitkan produk yang keluar daripada kilang syarikat itu.
“Kami akan terus jujur dan telus. Jika ada produk bermasalah, kami akan panggil semula untuk diperbaiki demi memastikan kualiti ditingkatkan semula,” kata Asri.
Sebagai info, MForce pernah melaksanakan panggilan semula terhadap model QJMOTOR AX200 membabitkan sistem ekzos.

