MFORCE Bike Cipta Rekod, 40 Model Motosikal Dilancar 2025!

Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti nyata komitmen MForce Bike dalam menyediakan pilihan menyeluruh merangkumi pelbagai jenama segmen dan keperluan penunggang tempatan

TERKINI

12/31/20251 min read

MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce Bike) melakar satu pencapaian luar biasa bagi tahun 2025 apabila syarikat pengedar dan pengeluar motosikal tempatan itu berjaya melancarkan 40 model motosikal baharu ke pasaran Malaysia sepanjang tahun.

Langkah berani ini bukan sekadar angka, tetapi bukti nyata komitmen MForce Bike dalam menyediakan pilihan menyeluruh merangkumi pelbagai jenama segmen dan keperluan penunggang tempatan.

Menurut Mforce, kejayaan itu turut diperkukuh dengan sokongan selepas jualan yang konsisten, sekali gus membina hubungan jangka panjang bersama pengguna. Ia menjadi asas kepada komitmen berterusan syarikat untuk terus mendekati komuniti permotoran di negara ini.

“Segala pencapaian ini tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan padu daripada rakan niaga, pengedar sah, media serta komuniti permotoran Malaysia. Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan,” kata MForce dalam hantaran media sosialnya.

Syarikat itu turut menegaskan mereka akan terus bergerak ke hadapan, membawa lebih banyak inovasi dan pilihan kepada semua lapisan penunggang di Malaysia.