MFORCE Bike Dedah Sedang Bangunkan 'Super Moped' Dengan Klac Auto!
Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Bike, Asri Ahmad berkata, projek berkenaan kini giat dijalankan di negara Tembok Besar dengan kerjasama rakan teknikal di China
TERKINI
7/21/20261 min read


SELEPAS Modenas dan AFAZ, MForce Bike tampil dengan pengumuman apabila mengesahkan sedang membangunkan model kapcai Super atau ‘Super moped’ lengkap dengan sistem klac automatik serta ciri-ciri premium dalam segmen berkenaan.
Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Bike, Asri Ahmad berkata, projek berkenaan kini giat dijalankan di negara Tembok Besar dengan kerjasama rakan teknikal di China.
Menariknya, model itu akan dipasarkan menggunakan jenama baharu yang belum pernah diperkenalkan sebelum ini.
Kata Asri, langkah itu sejajar dengan strategi MForce untuk memperkukuh kedudukan dalam pasaran motosikal tempatan, khususnya segmen kapcai berprestasi tinggi yang semakin mendapat perhatian anak muda.
Katanya, MForce juga sedang merancang satu lawatan media dalam masa terdekat bagi memberi peluang kepada pengamal media melihat sendiri perkembangan projek berkenaan.
Difahamkan, model ‘Super moped’ itu bakal menampilkan reka bentuk agresif, enjin berkapasiti lebih besar berbanding kapcai biasa, serta teknologi moden termasuk sistem klac auto yang memudahkan tunggangan harian tanpa menjejaskan prestasi.
Kemunculan model baharu ini dijangka akan merancakkan lagi persaingan dalam segmen kapcai klac auto premium, selepas Modenas dan AFAZ terlebih dahulu mengumumkan projek masing-masing.

