MFORCE Bike Mengorak Langkah Ke Vietnam, Pelancaran Pada Bulan Depan!
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MForce Bike, Asri Ahmad dalam satu acara baru-baru ini, sekali gus menandakan langkah strategik terbaharu syarikat berkenaan dalam memperluas jaringan edaran motosikal di pasaran serantau
TERKINI
10/10/20251 min read


SYARIKAT pengeluar dan pengedar motosikal terkemuka tempatan, MForce Bike Sdn Bhd terus mengukuhkan kedudukannya di rantau Asia Tenggara apabila mengumumkan peluasan operasi ke Vietnam, dengan pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung bulan depan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MForce Bike, Asri Ahmad dalam satu acara baru-baru ini, sekali gus menandakan langkah strategik terbaharu syarikat berkenaan dalam memperluas jaringan edaran motosikal di pasaran serantau.
Sebagai rekod, MForce Bike sebelum ini sudah pun bertapak di Indonesia dan menguruskan pengedaran beberapa jenama terkenal seperti SYM, CFMoto, Zeeho, WMoto serta Zontes - jenama yang edarannya di Malaysia diuruskan pihak lain.
Antara jenama yang akan berada di bawah edaran MForce Bike Vietnam adalah CFMoto, QJMotor, Voge dan Benda bersama model-model bersesaran 250 cc sehingga 800 cc.
Menariknya, operasi MForce Bike Vietnam akan diketuai oleh rakyat Malaysia, sekali gus mencerminkan keyakinan syarikat terhadap kepakaran tempatan dalam menguruskan pasaran luar negara.
