MFORCE Bike Perkenalkan Logo Baharu, Lebih Dinamik!
Pengenalan logo dan wajah baharu berkonsepkan garisan bersudut condong dan mencerminkan aspirasi kelajuan itu dikatakan menjadi simbol kematangan serta kesediaan MForce Bike dalam meneroka fasa pertumbuhan seterusnya
TERKINI
11/21/20261 min read


MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd (MForce Bike), syarikat yang sudah 18 tahun membina kepercayaan dalam industri automotif 2 roda tempatan mengorak langkah strategik dengan memperkenalkan identiti korporat baharu.
Pengenalan logo dan wajah baharu berkonsepkan garisan bersudut condong itu dikatakan menjadi simbol kematangan serta kesediaan syarikat itu dalam meneroka fasa pertumbuhan seterusnya.
Tampil mencerminkan aspirasi kelajuan, ketangkasan dan prestasi tinggi, logo baharu yang diperkenalkan dikatakan selaras dengan slogan syarikat itu “Moving Forward”.
Majlis pengenalan logo baharu itu disempurnakan Pengarah Urusan MForce Bike, Datuk Sri Tan Lean Heah bersama Ketua Pegawai Eksetutif, Asri Ahmad pada Majlis Makan Malam Gala sempena program TOP 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign di Chongqing.
Sejak ditubuhkan pada 2008, MForce Bike berkembang daripada pengedar tempatan menjadi antara pemain industri motosikal terbesar negara yang menaungi pelbagai jenama antarabangsa termasuk Benelli, Keeway, Benda, Cyclone, QJMOTOR, SYM, Voge, CFMoto, ZXMoto, Yadea dan banyak lagi.
Pada masa sama, MForce turut membangunkan jenama tempatan iaitu SM Sport dan WMOTO serta memperkukuh keupayaan pengeluaran menerusi fasiliti pemasangan miliknya, Sunlight Power Sdn. Bhd. di Pulau Pinang sejak 2017, yang kini turut menyokong aktiviti eksport ke beberapa negara Asia.

