MFORCE Bike Umum 4 Model Dijadual Masuk Pasaran Malaysia, SYM ADXTG 400 Pun Ada!
TERKINI
3/21/20251 min read


MFORCE Bike sebelum pelancaran dua penawaran baharu di pasaran, semalam turut menghadirkan beberapa perkhabaran menarik apabila mengumumkan kehadiran 4 model terbaharu yang bakal dilancarkan selepas ini.
Apa yang menarik, penantian itu dijangka tidak panjang iaitu sekitar pada Mei bulan depan.
Daripada keempat-empat model berkenaan, paling mendapat perhatian adalah dua buah skuter iaitu daripada SYM dan QJ Motor.
Selepas beberapa kali 'dimainkan' oleh media sebelum ini, model yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar motosikal gergasi Taiwan, SYM adalah SYM ADXTG 400.
Lebih mengujakan, model yang akan menyertai 'perang' skuter itu datang bersama jangkaan harga bawah RM 30k.
Untuk model daripada QJ Motor pula, ia tampil dengan rekaan skuter 'Sporty' yang cukup popular di pasaran tempatan dari jenama Jepun menerusi QJ Motor AX200s.
Apa yang menarik, jangkaan harga yang diumumkan adalah di bawah RM 8k.
Turut diumumkan adalah model 'Adventure touring' daripada jenama Brixton Motorcycle, Brixton Storr 500 dengan jangkaan harga bawah RM 30k.
Selain itu, MForce turut mengesahkan Benda Malaysia akan turut menambah penawarannya menerusi Benda Napoleonbob yang dijangka diperkenalkan pada harga bawah RM 22k.








