MFORCE Bike Umum Program Recall QJMotor AX200S

Program Panggil Balik (Recall) bagi skuter bergaya 'sporty' QJMotor AX200S dibuat oleh MForce Bike adalah berikutan laporan isu teknikal membabitkan komponen ekzos

TERKINI

12/18/20251 min read

MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. seperti dijangka mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Balik (Recall) bagi model skuter hangatnya QJMotor AX200S berikutan laporan isu teknikal membabitkan komponen ekzos.

Dalam kenyataan rasmi, MForce menjelaskan langkah proaktif itu diambil bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi untuk semua pemilik skuter berkenaan.

Dan syarikat itu selaku pengedar rasmi dan eksklusif jenama QJMotor di Malaysia kini sedang memuktamadkan bekalan alat ganti baharu yang sudah ditingkatkan sebelum program itu dilaksanakan sepenuhnya.

Menurut MForce, apabila program ini berkuat kuasa, pengedar sah mereka akan menghubungi pemilik yang terbabit untuk mengatur langkah sewajarnya.

MForce dalam pada itu turut menzahirkan permohonan maaf atas kesulitan yang timbul dan berterima kasih atas kepercayaan berterusan daripada pelanggan.

Sebarang maklumat lanjut dan perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi serta media sosial MForce Bike dari semasa ke semasa.