MForce Lancar MForce Oil, Kerjasama Strategik Bersama PETRONAS!

MForce Oil adalah hasil kerjasama strategik bersama PETRONAS dan diformulasikan dengan teknologi pelincir terkini PETRONAS bagi menjamin prestasi enjin yang tahan lama, efisien dan mesra alam

PELANCARAN

9/30/20251 min read

MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce Bike) melakar satu lagi pencapaian penting dalam industri permotoran tanah air apabila memperkenalkan jenama minyak pelincir baharu, MForce Oil, hasil kerjasama strategik bersama PETRONAS.

Pelancaran MForce Oil berlangsung sempena acara Mforce Mid-Autumn Gala dengan perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike, Asri Ahmad, bersama Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd Mohd Zameer Zahur Hussain.

Mforce Oil ditawarkan dalam lapan variasi yang merangkumi gred sintetik penuh, separuh sintetik dan mineral, bagi memenuhi keperluan motosikal pelbagai segmen.

Harga pasaran bagi Semenanjung Malaysia bermula serendah RM 19 hingga RM 58 seliter, manakala di Sabah dan Sarawak, harga bermula dari RM 17 hingga RM 56 seliter.

Antara produk yang ditawarkan termasuk:

  • Mforce Oil FS 15W-50 SN MA2 (Sintetik Penuh)

  • Mforce Oil SS 15W-50 SN MA2 (Separuh Sintetik)

  • Mforce Oil SAE 40 SG MA (Mineral)

  • Mforce Oil FS AT 10W-40 SN MB (Sintetik Penuh)

Menurut MForce, Mforce Oil Powered by PETRONAS diformulasikan menggunakan teknologi pelincir terkini yang menjamin prestasi enjin lebih tahan lama, efisien dan mesra alam.

Produk ini turut menepati spesifikasi teknikal Mforce dengan gabungan teknologi aditif canggih serta minyak asas berkualiti tinggi, bagi memberikan perlindungan enjin optimum dan kecekapan maksimum.

Minyak pelincir ini akan diedarkan melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara, sekaligus memberi nilai tambah kepada pelanggan yang mengutamakan kualiti dan kebolehpercayaan produk.

Kerjasama erat bersama PETRONAS dijangka membuka lebih banyak peluang inovasi dan pembangunan produk baharu pada masa akan datang.