MFORCE Lancar QJMotor SRF15 (2024), RM 8.9k, Kecil Cili Padi!
TERKINI
8/2/20241 min read
QJMOTOR Malaysia menerusi pengedar eksklusifnya, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce) membuat kejutan dengan melancarkan model mini keluaran jenama itu, QJMotor SRF15 (2024).
Disasarkan kepada peminat motosikal bergaya mini di pasaran tempatan, QJMotor SRF15 (2024) tampil dengan rekaan yang cukup unik namun pada masa sama 'Sporty' dan tak membosankan.
Lebih menarik, harga yang ditawarkan oleh QJMotor Malaysia motosikal ini juga menarik dan kompetitif iaitu RM 8,888 (asas).
Dan seperti biasa, harga yang diumumkan tidak termasuk yuran pendaftaran, insurans dan cukai jalan manakala dua pilihan warna ditawarkan adalah Red dan Silver.
Di bahagian trenkuasa, QJMotor SRF15 (2024) dipadankan dengan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah 13.1 Hp pada 9,000 rpm dan tork 12 Nm pada 7,000 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbaik (USD) depan dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem henti pula menggunakan cakera tunggal 200 mm (depan) dan cakera tunggal 190 mm (belakang).
Ciri-ciri dan informasi menarik adalah seperti berikut:
Sistem lampu LED penuh
Panel meter digital LCD
Tangki bahan api 7.2 liter
Set roda 120/70-12 (depan), 130/70-12 (Belakang)
Ketinggian pelana 760 mm
Berat 124 kg
Kepada yang berminat, QJMotor RF15 (2024) sudah pun boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.
Seperti biasa, setiap pembelian QJMtor SRF15 (2024) akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).