MFORCE Lancar Skuter Elektrik EZI RAY 01 (2026), Lepas Rebat Mforce.Cas Jadi RM 2,288!

Apa yang menarik, menarik, EZI RAY 01 yang diumumkan pada harga RM 4,688 boleh dimiliki pada harga istimewa RM 2,288 kepada mereka yang layak untuk mendapat rebat Mforce.Cas sebanyak RM 2,400

PELANCARAN

4/25/20261 min read

MFORCE Bike meningkatkan penawaran dalam segmen skuter elektrik apabila melancaran EZI RAY 01 (2026), model yang tampil dengan rekaan futuristik bersama pengenalan harga cukup menarik RM 4,688.

Tetapi lebih menarik, EZI RAY 01 yang diumumkan pada harga RM 4,688 turut boleh dimiliki pada harga istimewa RM 2,288 kepada mereka yang layak untuk mendapat rebat Mforce.Cas sebanyak RM 2,400.

Angka itu seperti biasa asas, tidak termasuk kos pendaftaran dan insurans dengan promosi ini sah sehingga 30 Jun 2026 atau selagi stok masih ada.

4 Pilihan Warna Tersedia Iaitu:

  • Nova White

  • Plasma Blue

  • Venus Grey

  • City Black

Dilancarkan sempena Program Mega JPJ Madani 2026 X Karnival Jom Heboh (sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-80) yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, turut hadir melihat sendiri EZI RAY 01 adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari sudut spesifikasi, EZI RAY 01 berkuasa dengan motor hub berkuasa 2,000 W Penyejuk Udara dan dikatakan cukup sesuai untuk kegunaan harian khususnya di kawasan bandar.

Sekali menawarkan jarak perjalanan sehingga 120 km pada kelajuan 25 km/j serta kelajuan maksimum 68 km/j.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban. Sistem brek pula menggunakan cakera (depan/belakang).

Dari aspek ciri-ciri, EZI RAY 01 dilengkapi panel meter LCD, port pengecas USB (Type-A dengan C) serta sistem tanpa kunci bersama NFC untuk dan lampu LED penuh.

Ciri praktikal tambahan termasuk ruang simpanan hadapan bersama cangkuk, bateri jenis asid plumbum 72V32Ah, tiga mod tunggangan serta fungsi bantuan tolakan (Walk Assist / E Mode) yang memudahkan pergerakan dalam situasi tertentu.

Info

  • Set roda 90/90-10 (depan/belakang) dengan tayar CST

  • Dimensi 1,732 mm panjang, 746 mm lebar dan 1,067 mm tinggi, jarak roda 1,245 mm

  • Tinggi pelana 735 mm

  • Berat 130 kg

Setiap pembelian EZI RAY 01 disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau sehingga 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu, tertakluk kepada terma dan syarat.