MFORCE MotoXperience 2026 Dirasmikan, Tayang Lebih 100 Model Motosikal, Lancar 16 Model Baharu!
MForce MotoXperience 2026 yang menguasai keseluruhan ruang di Hall A menghimpunkan lebih 100 buah model motosikal daripada 23 jenama di bawah MForce Bike merangkumi model sedia ada di pasaran, model terbaharu serta model yang bakal dilancarkan
PELANCARAN
5/29/20262 min read


SYARIKAT pengedar eksklusif dan pengeluar motosikal tempatan, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce Bike) mencetuskan fenomena pada penganjuran sulung MForce MotoXperience 2026 sempena Malaysia Bike Show (MBS) yang berlangsung di MAEPS, Serdang dari 29 Mei hingga 1 Jun 2026 ini.
Menguasai keseluruhan ruang di Hall A, MForce MotoXperience 2026 menghimpunkan lebih 100 buah model motosikal merangkumi model sedia ada di pasaran, model terbaharu serta model yang bakal dilancarkan.
Ia membabitkan 23 jenama di bawah naungan MForce iaitu BENELLI, KEEWAY, BENDA, MORBIDELLI, QJMOTOR, SYM, WMOTO, EZI, VOGE, BRIXTON MOTORCYCLES, MOTO MORINI, ZXMOTO, CFMOTO, ZEEHO, ARIIC, YADEA, CYCLONE, KAMAX, X-WEDGE, LETBE, SWM, MFORCE TACTICAL, VICTORIA dan MONDIAL.
Turut dipamerkan adalah pelbagai kelengkapan penunggang dan aksesori motosikal daripada jenama LS2 dan YHPRO, selain pameran pelincir motosikal MForce Oil yang dikuasakan oleh PETRONAS.
Apa yang menarik, setiap jenama di bawah naungan MForce turut diwakili oleh pihak prinsipal masing-masing bagi memeriahkan acara dan memperkukuhkan hubungan bersama rangkaian pengedar serta pengguna tempatan.
Antara yang menjadi tumpuan pastinya ZXMOTO - jenama yang mencipta kejayaan di pentas perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2026 dalam kelas WorldSSP.
Selain ZXMOTO 500F dan ZXMOTO 500RR, reruai ZXMOTO turut menayangkan model ZXMOTO 820RR yang bersaing di pentas WorldSSP.
Sepanjang empat hari penganjuran, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi tunggang uji, pameran motosikal, jualan produk cenderamata rasmi, permainan interaktif di reruai serta pembelian dan tempahan motosikal turut boleh dilakukan.
Secara keseluruhan, sejumlah 16 model baharu turut dilancarkan iaitu:
MORBIDELLI VIZY 125
MORBIDELLI SC200SR
MORBIDELLI C252V
ARIIC TOUCH 250
ARIIC GOBI 250
CFMOTO 1000MT-X
CFMOTO 750SR-S
VOGE DS625X
VOGE DS800X RALLY
VOGE SR450X
CYCLONE RT2S
CYCLONE RT5
WMOTO GRIFFIN 205
SYM HUSKY 200
BRIXTON 625V
BRIXTON MOUCCA 250
Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan konsert khas Rev & Rhythm: Black Hanifah yang akan berlangsung di pentas Dewan A pada 30 Mei 2026 bermula jam 2 petang.
Pada 31 Mei 2026 pula, pengunjung berpeluang menghadiri sesi Meet & Greet bersama VOGE AS25 Racing Team yang akan berlangsung di booth VOGE Malaysia di Dewan A pada jam 4 petang.
Bagi barangan cenderamata rasmi MForce MotoXperience 2026, pengunjung boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus.
Yang menariknya, setiap pembelian cenderamata rasmi MForce MotoXperience 2026 atau mana-mana produk di Dewan A melayakkan pengunjung menyertai cabutan bertuah kategori awam menerusi kupon khas yang disediakan.
Bagi pengunjung yang berdaftar di bawah Mforce Experience Club (MEC), peserta konvoi turut layak menyertai cabutan bertuah kategori konvoi. Penyertaan ini hanya sah untuk seorang peserta bagi satu model motosikal dan tidak termasuk penunggang pembonceng.
Untuk melayakkan penyertaan cabutan bertuah, kupon perlu dilengkapkan dengan setem daripada setiap booth yang mengambil bahagian.
Sesi cabutan bertuah akan berlangsung mengikut jadual berikut:
1. 30 Mei 2026 – 2 sesi (Awam – 3 petang dan 8 malam)
2. 31 Mei 2026 – 2 sesi (Konvoi pada 3 petang dan Awam pada 8 malam)
3. 1 Jun 2026 – 2 sesi (Awam – 3 petang dan 8 malam)
Hadiah cabutan bertuah merangkumi motosikal daripada jenama di bawah naungan MForce serta pelbagai kelengkapan penunggang dengan jumlah keseluruhan hadiah mencecah RM 300,000.
Tiket masuk ditawarkan pada harga RM 20 seorang dan boleh dibeli secara dalam talian melalui Malaysia Bike Show Ticketing atau secara walk-in di lokasi acara.











