MFORCE Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2 Kini Di Pasaran, Prestasi Enjin Lagi Padu!

MForce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2 dirumus khas bagi memberikan prestasi enjin optimum, perlindungan maksimum serta pengalaman tunggangan yang lebih lancar dan stabil untuk motosikal moden

TERKINI

3/16/20261 min read

MFORCE Oil terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran apabila memperkenalkan minyak enjin premium MForce Oil Dengan Formulasi Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2.

Menurut MForce Bike, MForce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2 dibangunkan menggunakan teknologi pelinciran termaju daripada PETRONAS.

Ia dirumus khas bagi memberikan prestasi enjin optimum, perlindungan maksimum serta pengalaman tunggangan yang lebih lancar dan stabil untuk motosikal moden.

Ketika pelancarannya, MForce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2 ditawarkan pada harga cadangan runcit RM 56 di Semenanjung Malaysia dan RM 58 di Sabah & Sarawak dengan botol 1 liter.

Dicipta dengan tujuan untuk mengurangkan geseran dalam enjin yang sekali gus menghasilkan pecutan yang lebih responsif dan prestasi enjin yang lebih lancar, ia kemudian dikatakan memberikan pengalaman tunggangan menjadi lebih bertenaga, stabil dan menyeronokkan untuk kegunaan harian mahupun bagi peminat motosikal.

Satu lagi kelebihan utama formulasi ini ialah kestabilan terma yang cemerlang, membolehkan minyak enjin mengekalkan prestasi yang konsisten walaupun beroperasi dalam keadaan suhu tinggi serta penggunaan yang intensif.

Menurut MForce Bike, kerjasama dengan PETRONAS melambangkan gabungan dua kekuatan utama dalam industri iaitu reputasi jenama MForce yang dipercayai serta teknologi pelinciran termaju daripada PETRONAS.

Sinergi ini memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada pelanggan dan pada masa yang sama memudahkan pengedar mempromosikan produk penyelenggaraan yang berkualiti dan dipercayai.