MFORCE Perkukuh Pasaran Utara, Rasmi MForce Smartshop Kepala Batas

Pembukaan pusat pameran, jualan dan servis berkonsepkan pusat sehenti itu MForce Bike dilihat sebagai langkah strategik dalam memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, selain menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih efisien kepada pemilik motosikal di kawasan berkenaan

TERKINI

10/12/20261 min read

PENGEDAR dan pengeluar motosikal, MForce Bike terus melebarkan rangkaian perniagaannya di wilayah utara dengan perasmian cawangan MForce Smartshop Kepala Batas, Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Zi Yang Motor.

Menurut MForce, pembukaan pusat pameran, jualan dan servis berkonsepkan pusat sehenti itu dilihat sebagai langkah strategik dalam memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, selain menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih efisien kepada pemilik motosikal di kawasan berkenaan.

Majlis perasmian yang berlangsung meriah itu turut dihadiri 'bos besar' MForce Bike yang juga Pengarah Urusannya, Dato' Sri Tan Lean Heah, Pengarah Urusan Zi Yang Motor, Tan Soo Ching dan Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad.

Turut hadir adalah barisan Pengarah Zi Yang Motor, Tan Zi Yang dan Ooi Guak Im, Pengurus Kanan Jualan Mforce, Tang Hai Teik serta Ketua Polis Balai Tasek Gelugor, Inspektor Roslan Mat.

Bagi merancakkan lagi acara pembukaan, pengunjung turut mengambil peluang untuk merasai sendiri kemampuan motosikal di bawah kendalian MForce menerusi sesi tunggang.

Acara kemuncak perasmian turut diserikan dengan penganjuran sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan. Paling mencuri tumpuan, seorang pengunjung bertuah membawa pulang hadiah utama berupa sebuah skuter elektrik, EZI Ray-01.

Pengunjung bertuah lain turut memenangi pelbagai aksesori dan kelengkapan menunggang premium termasuk topi keledar, sarung tangan, jaket jenama LS2 serta kotak simpanan motosikal, YHPro Box.