MFORCE Sahkan CFMoto 1000MT-X Bakal Lancar Tahun Depan, Harga Bawah RM 60k!
Baru saja diperkenalkan di pentas berprestij EICMA 2025 di Itali awal bulan ini, model terbaharu daripada CFMoto, CFMoto 1000MT-X sudah memiliki tarikh 'kasar' untuk tiba di Malaysia
TERKINI
11/29/20251 min read


ANTARA model terbaharu yang diperkenalkan CFMoto di pentas berprestij EICMA 2025 di Itali, awal bulan ini adalah CFMoto 1000MT-X, motosikal dalam segmen 'Adventure touring' aras tinggi buat jenama China itu dan ada perkembangan menarik mengenainya untuk pasaran Malaysia.
Ketika lawatan deligasi media automotif Malaysia ke ibu pejabat CFMoto di Hangzhou China, baru-baru ini, MForce Bike selaku pengedar eksklusif jenama itu memaklumkan yang CFMoto 1000MT-X akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada tahun depan.
Menariknya, selain lawatan, pihak CFMoto turut menampilkan motosikal yang memiliki 'lenggok' rekaan seperti model MT yang lain itu secara eksklusif untuk pihak media.
Sebagai model paling 'sulung' dalam keluarga MT, CFMoto 1000MT-X dipadankan dengan enjin bersesaran 948.2 cc Parallel Twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah sebensar 111 Hp dan trok pada angka 105 Nm.
Apa yang menarik, menurut maklumat industri, ia adalah enjin yang sama digunakan oleh KTM untuk model KTM 990 Duke.
Tetapi belum syarikat pengeluar motosikal Austria itu menggunakan trenkuasa sama ke atas model 'Adventure touring' mereka, CFMoto terlebih dulu memadankan enjin berkenaan ke atas modelnya.
Dan ia bukan sesuatu yang melanggar etika berikutan kerjasama kedua-dua syarikat gergasi itu.
Sebagai model aras tinggi, CFMoto 1000MT-X menggunakan teknologi 'Ride-by-wire', Quickshifter, Slipper Clutc, mod tunggangan, kawalan cengkaman dan Cornering ABS.
Suspensi menggunakan fork USD (depan) penyerap hentak tunggal jenama KYB boleh laras (belakang). Sistem brek pula menggunakan jenama Brembo dengan cakera kembar 320 mm (depan) dan brek cakera tunggal (belakang).
Info lain:
Tangki bahan api 2.3 liter
Panel meter TFT 8 Inci
Rim jejari 21 inci (depan), 18 inci (demam)
Tinggi pelana 830 mm - 870 mm
Visor angin boleh laras
Berat 222 kg
Lebih menarik, daripada maklumat yang diperoleh adalah MForce Bike Holdings mengesahkan CFMoto 1000MT-X bakal masuki pasaran negara pada tahun hadapan bersama harga jualan cukupmenar, dijangka bawah RM60K.









