MFORCE Sertai 'Perang' Skuter Maxi Aras Tinggi, SYM Maxsym TL508 Jangka Tiba Di Malaysia Tahun Ini!

TULAR

1/25/20241 min read

SEGMEN skuter maxi aras tinggi di Malaysia semakin meriah dengan kehadiran Kymco AK550 Premium (2024), baru-baru ini dan ia bakal menjadi lebih 'Gamat' apabila satu lagi model daripada jenama SYM dijangka akan tiba tidak lama lagi.

Memetik laporan rakan media Mekanika, pihak pengedar rasmi SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings bakal membawa masuk model handalannya, SYM Maxsym TL508.

Apa yang lebih menarik, berdasarkan sumber yang diperoleh daripada laman web itu, pelancaran SYM Maxsym TL508 dikatakan akan berlangsung tak lama lagi iaitu pada Mac tahun ini.

Dan mungkin lebih memberi keceriaannya, harga yang dijangkakan untuk skuter berkenaan adalah di bawah RM 50k.

Sebagai info, dua pencabar Kymco AK550 Premium tiba pada harga RM 65,600 (asas) ketika dilancarkan manakala satu lagi pencabar, Yamaha TMax Tech Max ketika dilancar dijual pada harga asas RM 74,998.

Sebagai info, SYM Maxsym TL508 adalah model generasi terbaharu bagi model SYM Maxsym TL500 yang diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2020 lalu.

Dan sebagai model generasi terbaru, ia turut mendapat kemas kini yang boleh dianggap cukup signifikan termasuk di bahagian trenkuasa.

Tidak lagi dipadankan dengan enjin 465 cc, enjin bagi SYM Maxsym TL508 adalah bersesaran 508 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, DOHC dengan tork dan kuasa kini 45 Hp dan 50 Nm.

Selain itu, enjin baharu itu juga memperoleh piawaian emisi Euro 5.

Begitupun sedikit mengecewakan, tiada perubahan besar dari sudut rekaan berbanding SYM Maxsym TL508 dan SYM Maxsym TL500 dengan ciri-ciri yang dibekalkan juga sama.

Antaranya adalah penggunaan fork jenis terbalik (USD), panel meter gabungan TFT dan LCD, sistem Kunci Pintar, brek cakera berkembar (Depan) dengan kaliper 4 Piston, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Traksi.