MFORCE Smartshop ke-2 Di Perak Rasmi Di Ipoh

Dikendalikan Kedai Motor Yoon Loi, pembukaan MForce Smartshop Pusingan adalah sebahagian daripada strategi MForce Bike memperluas rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan, selain memberi pengalaman lebih eksklusif kepada pelanggan

TERKINI

7/19/20261 min read

MFORCE Bike terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran motosikal tempatan apabila merasmikan pembukaan MForce Smartshop di Pusing, Ipoh, Perak, yang juga fasiliti kedua seumpamanya di negeri itu.

Majlis perasmian itu turut menyaksikan pengumuman rasmi kehadiran skuter baharu yang dinanti-nantikan, WMoto Griffin 205 (2026), sekali gus menambah pilihan kepada pengguna dalam segmen skuter berkapasiti sederhana.

Dikendalikan Kedai Motor Yoon Loi, pembukaan MForce Smartshop Pusingan adalah sebahagian daripada strategi MForce Bike memperluas rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan, selain memberi pengalaman lebih eksklusif kepada pelanggan.

Selain pelancaran model baharu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk sesi tunggang uji model terbaharu keluaran MForce Bike, pameran aksesori motosikal, serta tawaran promosi khas sempena pembukaan.