MFORCE Umum Moto Morini X-Cape 1200 Dah Sampai Malaysia, RM 51,888!

Seperti diketahui, Moto Morini X-Cape 1200 tular lebih awal susulan pelancarannya di China, penghujung tahun lalu selepas ia dikatakan bakal tiba dengan tanda harga cukup mengujakan

TERKINI

4/13/20261 min read

SALAH satu model yang diposisikan dalam segmen aras tinggi yang kehadirannya dinanti-nantikan di pasaran tempatan, Moto Morini X-Cape 1200 (2026) akhirnya sudah pun tiba di Malaysia.

Seperti diketahui, Moto Morini X-Cape 1200 tular lebih awal susulan pelancarannya di China, penghujung tahun lalu selepas ia dikatakan bakal tiba dengan tanda harga cukup mengujakan.

Dan seperti dijanjikan, sekalipun sedikit tinggi berbanding angka harga yang diumumkan di China, harga pengenalan yang diumumkan MForce Bike untuk Moto Morini X-Cape 1200 iaitu RM 51,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) masih menarik.

Sebagai permulaan, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Vortex Red dan Stone Black.

Tampil dengan rekaan yang garang Moto Morini X-Cape 1200 dipadankan dengan enjin 1,187 cc, V2, 8 Injap, Penyejuk cecair/minyak, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 127 Hp pada 8,750 rpm dan tork 106 Nm pada 7,000 rpm.

Tampil sebagai model aras tinggi, Moto Morini X-Cape 1200 hadir dengann mima mod tunggangan tersedia iaitu All-Terrain, Off-Road, Road, Sport dan Wet dengan teknologi bantuan tunggangan merangkumi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh laras, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Kawalan Jelaja (Cruise Control) dan sistem Radar.

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbaik (USD) jenama KYB dengan jarak perjalanan 192.4 m dengan penyerap hentak belakang jenis tunggal juga jenama KYB dengan pelarasan pra-beban.

Tugas membrek pula diberikan kepada brek cakera kembar bersaiz 320 mm dengan kaliper Bremo 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 280 mm dengan kaliper Brembo lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran yang boleh dinyahaktifkan.

  • Tangki petrol 24.5 liter

  • Set roda 120/70-19 (depan), 170/60-17 (belakang) rim jejari

  • Dimensi 2,250 mm panjang, 950 mm lebar, 1,530 mm tinggi, jarak roda 1,550 mm

  • Port pengecas USB Type-A, C

  • Suis keselamatan tongkat sisi

  • Lampu LED penuh

  • Visor angin boleh laras manual

  • Pemanas grid hendal

  • Pemanas pelana

  • Pelindung tangan

  • Panel meter TFT 7 Inci berwarna dengan ciri sambungan ke telefon pintar

  • Tinggi pelana 840 mm

  • lega bumi 160 mm

  • Berat 283 kg

Seperti dijanjikan, turut datang secara standard adalah kotak simpanan yang terdiri daripada dua kotak sisi (34 liter kiri, 25 liter kanan) serta kotak atas 39 liter.