MINYAK Enjin 4T Shell Advance Long Ride 10W-40 Kini Tersedia Dalam Botol 1.2L
TERKINI
10/16/20231 min read
SUSULAN permintaan yang tinggi terhadap pek 1.2 liter untuk minyak enjin 4T Shell Advance Long Ride 10W 40 di pasaran tempatan, pakej berkenaan akhirnya diperkenalkan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, baru-baru ini.
Sebelum ini, pengguna minyak enjin premium berkenaan terpaksa membeli dua botol 4T Shell Advance Long Ride 10W 40 bagi mendapatkan jumlah pelincir yang tepat untuk prestasi dan ketahanan enjin terbaik.
Tersedia dengan spesifikasi sintetik penuh dengan PurePlus Technology, setiap pek 1.2 liter ini dijual pada harga RM 68.80.
Dan minyak Shell Advance Long Ride 10W 40 ini dihasilkan dengan kemampuan untuk memberikan daya tahan yang lebih tinggi ketika tunggangan jarak jauh sehingga 6,000 km tanpa menjejaskan prestasi dan perlindungan enjin.
Pengurus Besar Shell Lubricants untuk Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, pek baharu 1.2 liter bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pengguna malah turut menawarkan beberapa manfaat lain.
"Pertamanya, anda tidak perlu membuat pembelian secara kerap dan ini akan menjimatkan masa dan tenaga anda.
"Kedua, ia memastikan motosikal anda mendapat jumlah pelincir yang tepat dan diperlukan bagi prestasi dan ketahanan enjin yang terbaik. Ini menjadikan motosikal lebih mudah diselenggarakan dan juga lebih efisen,” katanya.
Dirumuskan dengan teknologi 'Active Cleansing', Shell Advance Long Ride 10W 40 didakwa akan kekal lebih lama dalam gred sekaligus memberikan operasi enjin yang lebih baik dan efisen terutama untuk perjalanan jauh.