MISI Sukar Azroy, Helmi Esok Tapi Positif Litar Basah Boleh Membantu
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/11/20233 min read
SEKALIPUN menunjukkan peningkatan pada hari kedua Grand Prix (GP) Malaysia 2023 hari ini, pelumba 'Wildcard' Moto2 negara, Azroy Hakeem Anuar kekal realistik dengan menyatakan kedudukan 15 terbaik pada perlumbaan esok, sukar dicapai.
Beraksi dalam penampilan keduanya sebagai pelumba 'Wildcard' Moto2 di GP Malaysia, perlu diakui masa yang diperoleh Azroy bersama jenteranya cukup terhad - bermula semalam.
Dan sekalipun memiliki pengalaman tahun lalu, ia bukanlah memberikan kelebihan yang banyak lebih-lebih lagi bersaing dengan pelumba handalan lain yang beraksi semusim penuh.
Pada sesi kelayakan Moto2 hari ini, pelumba pasukan Petronas MIE Racing RW itu merekodkan catatan 2 minit 08.183 saat (s). Ia lebih baik berbanding catatan terbaiknya tahun lalu, 2'08.738s.
Begitupun, catatan itu hanya meletakkannya di petak ke-29 daripada 32 pelumba ketika seorang lagi pelumba negara, Helmi Azman yang membuat penampilan pertama mengisi petak ke-31 (2'10.112s).
Kekal realistik dan tak meletakkan sasaran begitu tinggi, Azroy mengakui peluang untuknya berada di posisi mengutip mata akan lebih besar jika berlumba dalam keadaan litar basah.
"Semuanya berlangsung dengan positif pada hari ini di mana saya dapat memperbaiki catatan masa saya tetapi perlumbaan sebenar adalah esok," katanya.
"Berdasarkan prestasi ketika ini, sasaran yang realistik adalah kedudukan 25 terbaik tetapi jika berlumba dalam keadaan hujan, tidak mustahil kedudukan 15 terbaik boleh dicapai jika kami tak melakukan kesilapan."
Sementara itu, Helmi yang membuat penampilan sulung di Kejuaraan Motosikal Dunia akur masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya termasuk jenteranya mengalami masalah ketika sesi kelayakan.
"Pada sesi kelayakan, saya tak dapat buat lebih baik kerana jentera mengalami masalah. Apapun, saya tak mahu menyalahkan sesiapan dan melupakan apa yang berlaku hari ini, cuba memperbaiki kelebihan dan pamer peningkatakan pada perlumbaan esok,"
Seperti Azroy, Helmi turut berharap hujan turun dalam perlumbaan esok.
Keputusan Sesi Kelayakan Moto2 GP Malaysia 2023
1. Fermin Aldeguer (SPA) Beta Tools SpeedUp (Boscoscuro) 2m 5.288s
2. Celestino Vietti (ITA) Fantic Racing (Kalex) 2m 5.790s
3. Manuel Gonzalez (SPA) Correos Prepago Yamaha VR46 (Kalex) 2m 5.815s
4. Aron Canet (SPA) Pons Wegow Los40 (Kalex) 2m 5.850s
5. Marcos Ramirez (SPA) OnlyFans American Racing (Kalex) 2m 5.888s
6. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM Ajo (Kalex) 2m 5.894s
7. Tony Arbolino (ITA) Elf Marc VDS Racing Team (Kalex) 2m 5.912s
8. Jake Dixon (GBR) Inde GASGAS Aspar Team (Kalex) 2m 5.929s
9. Somkiat Chantra (THA) IDEMITSU Honda Team Asia (Kalex) 2m 6.160s
10. Joe Roberts (USA) Italtrans Racing Team (Kalex) 2m 6.170s
11. Sam Lowes (GBR) Elf Marc VDS Racing Team (Kalex) 2m 6.225s
12. Sergio Garcia (SPA) Pons Wegow Los40 (Kalex) 2m 6.348s
13. Ai Ogura (JPN) IDEMITSU Honda Team Asia (Kalex) 2m 6.510s
14. Barry Baltus (BEL) Fieten Olie Racing GP (Kalex) 2m 6.570s
15. Alonso Lopez (SPA) Beta Tools SpeedUp (Boscoscuro) 2m 6.641s
16. Albert Arenas (SPA) Red Bull KTM Ajo (Kalex) 2m 6.651s
17. Taiga Hada (JPN) Pertamina Mandalika SAG Team (Kalex) 2m 7.291s
18. Filip Salac (CZE) QJMOTOR Gresini Moto2 (Kalex) 2m 17.196s
19. Dennis Foggia (ITA) Italtrans Racing Team (Kalex) 2m 6.339s
20. Zonta Vd Goorbergh (NED) Fieten Olie Racing GP (Kalex) 2m 6.422s
21. Jeremy Alcoba (SPA) QJMOTOR Gresini Moto2 (Kalex) 2m 6.430s
22. Bo Bendsneyder (NED) Pertamina Mandalika SAG Team (Kalex) 2m 6.485s
23. Alex Escrig (SPA) Forward Team (Forward) 2m 6.574s
24. Lukas Tulovic (GER) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Kalex) 2m 6.630s
25. Izan Guevara (SPA) Inde GASGAS Aspar Team (Kalex) 2m 6.889s
26. Rory Skinner (GBR) OnlyFans American Racing (Kalex) 2m 7.146s
27. Sean Dylan Kelly (USA) Forward Team (Forward) 2m 7.217s
28. Kohta Nozane ((JPN) Correos Prepago Yamaha VR46 (Kalex) 2m 7.377s
29. Azroy Anuar (MAL) Petronas MIE Racing RW (Kalex) 2m 8.183s
30. Mattia Casadei (ITA) Fantic Racing (Kalex) 2m 8.235s
31. Helmi Azman (MAL) Petronas MIE Racing RW (Kalex) 2m 10.112s