MODA Moca (2025) Rasmi Di Malaysia, Skuter Bergaya Klasik, Harga RM 4k!
Moda Moca (2025) dihasilkan bagi mengembalikan nostalgia skuter dengan rekaan retro namun mendapat sentuhan moden dan sesuai untuk penunggang yang mahukan gaya hidup ceria dan mudah
PELANCARAN
9/10/20251 min read


MODA Motorcycle Malaysia, jenama yang memfokuskan terhadap skuter melancarkan penawaran terbaharunya di pasaran tempatan dikenali sebagai Moda Moca (2025), model yang diposisi dalam segmen skuter retro klasik, hari ini.
Menurut syarikat yang bertanggungjawab terhadap Moda iaitu MDua Motor Sdn. Bhd., Moda Moca (2025)dihasilkan bagi mengembalikan nostalgia skuter dengan rekaan retro namun mendapat sentuhan moden dan sesuai untuk penunggang yang mahukan gaya hidup ceria dan mudah.
Sebelum pergi lebih jauh, harga yang diumumkan terhadap Moda Moca (2025) cukup menarik iaitu asas RM 3,988 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
Begitupun, harga yang diumumkan adalah untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak termasuk Sabah & Sarawak.
Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu:
Neon Orange
Piano Black
Ocean Blue
Sekalipun tiba dengan harga 'marhaen', Moda Moca 2025 tetap sebuah model yang praktikal, ringan dan lincah.
Dengan berat 89 kg, Moda Moca mudah dikawal dalam suasana kesesakan trafik bandar, lorong sempit serta ketika meletak di ruang parkir yang terhad.
Ruang simpanan bawah pelana
Rak belakang & cangkuk praktikal
Paparan meter digital
Brek cakera hadapan
Lampu utama hadapan dan lampu belakang LED
Sebagai model gaya hidup, pemilik Moda Moca juga bakal disajikan dengan lebih banyak pilihan aksesori dan penyesuaian pada masa akan datang.
Antara pilihan aksesori yang bakal ditawarkan termasuklah:
Visor angin hadapan
Kotak simpanan belakang
Seperti biasa, setiap pembelian Moda Moca (2025) datang dengan pakej jaminan 2 tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu).
















