MODA Motor Malaysia Bakal Lancar Model Ketiga, Gaya Retro?

Seperti diketahui, Moda sudah pun melancarkan dua model iaitu Moda Sporter S 250 yang diposisi dalam segmen 'Sport' dan Moda Shifter 400X (gaya ADV) untuk pasaran Malaysia

TERKINI

9/8/20251 min read

Moda
Moda

SELEPAS melancarkan dua penawarannya dalam segmen 'Sports' dan 'ADV', Moda Motorsycle Malaysia dikatakan bakal melancarkan model ketiga jenama itu yang katanya diposisikan dalam segmen bergaya retro atau klasik.

Sekalipun tiada kenyataan rasmi daripada Moda, tetapi berdasarkan gambar teaser yang dimuat naik di laman media sosial rasminya, ia jelas menampakkan skuter dengan gaya berkenaan. Dan menariknya, tarikh pelancarannya adalah pada 10 September ini.

Seperti diketahui, Moda sudah pun melancarkan dua model iaitu Moda Sporter S 250 yang diposisi dalam segmen 'Sport' dan Moda Shifter 400X (gaya ADV) untuk pasaran Malaysia.

Turut menarik, antara maklumat yang diperoleh adalah harga jualan skuter ini yang dikatakan marhaen, dan kompetitif seperti dua model terawal jenama itu.

Kepada yang belum tahu, Moda adalah jenama yang diedarkan oleh AMI (AFY Mobility Industries), syarikat yang turut menguruskan edaran eksklusif kepada jenama Suzuki, MV Agusta, Kove, Indian Motorcycle dan akan datang AFAZ.