MODA Motor Malaysia Lancar Skuter Cilik Moda Aero-E, RM 5,189!

Moda Aero E (2025) adalah model ke-4 Moda Motor Malaysia mengikuti pelancaran Moda Sporter S, Moda Shifter 400X dan Moda Moca

PELANCARAN

12/1/20251 min read

MODA Motor Malaysia, hari ini melancarkan penawaran keempatnya yang tampil menerusi skuter cilik bergaya moden, Moda Aero E (2025) bersama penawaran harga menarik, RM 5,189.

Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Cobalt Blue

  • Carmine Red

Dari sudut rekaan, Moda Aero E (2025) tampil dengan rekaan urban moden dan dikatakan direka untuk penunggang muda yang aktif dan mencukupi keperluan mobiliti serta gaya hidup masa kini.

Di bahagian trenkuasa, Moda Aero E (2025) dijana enjin 118 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara, SOHC dengan transmisi auto CVT.

Kuasa berada pada angka 9.1 Hp @ 7,500 rpm dan tork 9.5 Nm @ 6,000 rpm.

Sistem pencahayaan menggunakan lampu projektor LED berkembar yang berupaya menghasilkan cahaya yang jelas dan terang serti dilengkapkan dengan sistem lampu LED dengan rekaan menarik dan premium .

Sebagai skuter moden, ia turut dipadankan panel meter jenis digital LCD yang memaparkan maklumat dengan jelas.

Info lain:

  • Kapasiti tangki bahan api 5.5 liter

  • Ruang simpanan bawah pelana 6.5 liter

  • Brek cakera (depan), dram (belakang

  • Set roda - 90/90-14 (depan), 100/90-14 (belakang)

  • Suspensi fork teleskopik depan dan penyerap hentak tunggal (belakang).

  • Berat 110 Kg

Kemudahan tambahan adalah seperti pot pengecasan USB dan USB-C turut disediakan.

Menurut Moda, Moda Aero E sudah pun boleh didapati di semua pengedar sah syarikat itu di seluruh negara.