MODENAS Debut Skuter EV, MEV-1 PRO/PRO SX, MEV-2, Harga Mula RM 9.9k!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/13/20251 min read


SYARIKAT Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) sempena Malaysia Autoshow 2025 membuat debut dua penawarannya dalam segmen kenderaan elektrik (EV) menerusi pelancaran dua model, Modenas MEV-1 PRO/PRO SX dan MEV-2 (2025).
Pernah ditayangkan di beberapa acara sebelum ini dan kepada yang tertanya-tanya, Modenas MEV-1 adalah model yang sama seperti digunakan oleh syarikat Pos Malaysia bagi urusan penghantaran ketika ini.
Untuk model Modenas MEV-1, ia datang dengan dua pilihan varian iaitu Modenas MEV-1 PRO (2025) dan Modenas MEV-1 PRO SX (2025).
Harga yang diumumkan adalah bermula RM 13,470 (Modenas MEV-1 Pro) dan RM 13,698 (Modenas MEV-1 Pro SX), tidak termasuk insurans & cukai jalan.
Sebagai perbezaan, Modenas MEV-1 Pro SX (2025) adalah model yang dipadankan dengan pelana standard untuk penunggang dan pembonceng.
Manakala untuk Modenas MEV-1 Pro (2025), ia hadir dengan pelana tunggal dengan bahagian belakang mempunyai plat besi lebar dengan tujuan untuk penghantaran dan sebagainya.
Spesifikasi Modenas MEV-1 adalah seperti berikut:
Kuasa Motor: 4.3 kW (EEC), 4.9 kW (Puncak Maksimum)
Jenis Bateri: ATL Litium (60V45Ah, Pilihan 2 Bateri)
Jarak tunggangan: 135 km
Kelajuan: 85 km/j
Ciri-ciri Utama: Pengecas 'On-board', Suspensi depan teleskopik, Brek cakera hidraulik dengan CBS (Kombi) Lampu LED.
Pilihan warna: Black, Red
Bagi Modenas MEV-2 (2025), model ini diberikan fokus terhadap penggunaan dalam bandar dengan rekaan yang lebih kompak.
Harga Jualan: Bermula RM 9,878 (tidak termasuk insurans & cukai jalan)
Spesifikasi Modenas MEV-2 adalah seperti berikut:
Kuasa Motor: 4.0 kW (EEC), 5.1 kW (Puncak Maksimum)
Jenis Bateri: ATL Litium (74V30Ah, Pilihan 2 Bateri)
Jarak tunggangan: 107 km
Kelajuan: 80 km/j
Ciri-ciri Utama: Pengecas 'On-board', Suspensi depan teleskopik, Brek cakera hidraulik dengan CBS (kombi), lampu LED.
Pilihan warna: White, Blue.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, pelancaran ini menandakan satu langkah penting dalam komitmen Modenas untuk memenuhi keperluan dan kehendak penunggang di seluruh negara.
"Pelancaran ini menandakan detik penting selaras dengan wawasan Modenas untuk melangkah ke hadapan, terutamanya dalam segmen mobiliti yang lebih mesra alam. Ia juga melambangkan komitmen Modenas terhadap kehendak rakyat Malaysia," kata Roslan.














