MODENAS Eliminator (2024) Lancar Di Malaysia Sempena GP Malaysia, RM 30.k!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/2/20241 min read

MODENAS atau Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional, sempena Grand Prix Malaysia 2024 mengambil peluang melancarkan penawaran terbaharunya di pasaran tempatan, Modenas Eliminator (2024).

Dilancarkan di reruai Kawasaki Malaysia dan Modenas di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS, harga yang diumumkan untuk model kruiser moden berkenaan adalah RM 30,100.

Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah asas dan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Pearl Robotic White

  • Metallic Spark Black

Menjadi antara model tumpuan, Modenas Eliminator (2024) menjadi model terbaharu dipasang di kilang pemasangan Modenas di Gurun, Kedah.

Mengulas trenkuasa, Modenas Eliminator (2024) dijana enjin bersesaran 450 cc, 2 Silinder Sebaris, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual (Assist & Slipper).

Kuasa yang dihamburkan adalah 43.7 Hp pada 7,500 rpm dan tork 42.6 Nm pada 6,000 rpm.

Ciri-ciri menarik seperti penggunaan sistem lampu depan dan belakang LED, panel meter digital berbentuk bulat lengkap dengan sambungan ke telefon bimbit.

Di bahagian suspensi, Modenas Eliminator (2024) menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang.

Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal bersaiz 310 mm bersama kaliper 2 piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper 1 piston belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Tinggi pelana 735 mm

  • Kapasiti tangki bahan api 13 liter

  • Jarak lega bumi 150 mm

  • Berat kasar 176 kg

  • Set roda 130/70-18 (depan), 150/80-16 (belakang)

Kepada yang berminat, Modenas Eliminator (2024) sudah boleh didapati di rangkaian pengedar Modenas dan Kawasaki Malaysia di seluruh negara.

Modenas menawarkan jaminan setiap pembelian selama dua tahun tanpa had perbatuan.