MODENAS Umum Harga Kymco XCiting VS 400 (2026), RM 27,988!

Tampil dengan nama yang sedikit unik, Kymco XCiting VS 400 (2026) tampil dengan rekaan moden, sporty dan eksklusif yang ditonjolkan melalui garis badan tajam, serta kombinasi warna yang memberi imej premium

PELANCARAN

8/15/20261 min read

TIADA angin mahupun ribut, Modenas (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.) selaku pengedar eksklusif jenama Kymco di Malaysia mengumumkan harga jualan untuk skuter maxi terbarunya, Kymco XCiting VS 400 (2026).

Pernah dipertontonkan di Malaysia Bike Show pada awal Jun lalu, harga jualan yang diumumkan cukup menarik iaitu RM 27,988 (asas).

Dua pilihan warna tersedia iaitu:

  • Flat Black

  • Cerulean Blue

Tampil dengan nama yang sedikit unik, Kymco XCiting VS 400 (2026) tampil dengan rekaan moden, sporty dan eksklusif yang ditonjolkan melalui garis badan tajam, serta kombinasi warna yang memberi imej premium.

Selain rekaan yang menarik, yang ditambah dengan penggunaan brek cakera berkember di roda depan, apa yang mengujakan adalah trenkuasanya.

Bersama harga di bawah RM 28k (asas), ia dipadankan dengan enjin 400 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Fi, SOHC dengan transmisi auto CVT.

Kuasa pula berada pada angka 33.4 Hp pada 7,250 rpm dan tork 37.5 Nm pada 5,750 rpm.

Ciri-ciri menarik yang tersedia adalah seperti Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), ABS (depan & belakang), Sistem Kunci Pintar, lampu LED penuh, panel meter digital LCD dan visor pengadang angin (dengan 5 tahap pelarasan manual).

Ia turut menampilkan pelaja jenis berkembar terpisah dengan 2 tahap ketinggian antara penunggang dan pembonceng, ruang barang depan ciri auto-lock, dan ruang simpana bawah pelana bersaiz 29 liter.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (konvensional) depan dan penyerap hentak belakang berkembar dengan ciri boleh laras pra-beban.

Info lain:

  • Set roda 120/70-15 (depan), 150/70-14 (belakang)

  • Tinggi pelana 805 mm

  • Tangki bahan api 12.5 liter

  • Berat 213 kg

Seperti biasa, setiap pembelian akan menerima jaminan kilang untuk 2 tahun atau 20,000 km perjalanan (yang mana terdahulu) dan Kymco XCiting VS 400 (2026) dikatakan akan mula tiba di cawangan pengedar Kymco pada hujung Ogos ini.