MODENAS Z 650 (2023) Dah Rasmi Di Malaysia, Harga Mula RM 34.5k!

PELANCARAN

7/17/20231 min read

SATU perkembangan mengujakan buat peminat motosikal dalam segmen 'Naked' aras tengah di pasaran tempatan tiba, hari ini menerusi pelancaran Modenas Z650 (2023).

Disifatkan sebagai model yang mentakrif semula prestasi, Modenas berkata Z650 (2023) menawarkan gabungan gaya, kuasa serta prestasi yang sekaligus memberikan pengalaman mengujakan kepada pemiliknya.

Tiba dengan lencana Modenas, Z650 (2023) seperti diketahui adalah model hasil kerjasama Modenas dan Kawasaki di pasaran Malaysia.

Penawaran harga dan pilihan warna untuk Modenas Z650 (2023) adalah seperti berikut:

  • Metallic Spark Black - RM 34,500

  • Metallic Matte Graphenesteel Gray - RM 35,200

Tiba sebagai model terbaharu di pasaran global, Modenas Z650 (2023) tampil dengan beberapa penambahbaikkan antaranya di bahagian ergonomik, kerangka baharu yang didakwa memberikan keselesaan maksimum kepada penunggangnya.

Turut dikemaskini adalah di bahagian elektronik dengan iaitu penggunaan panel meter digital penuh TFT. Lebih menarik, ia turut tampil dengan sistem sambungan telefon pintar melalui aplikasi “Rideology” Kawasaki dan turut memiliki Kawasaki Traction Control (KTRC) tiga tetapan termasuk mod 'off'.

Mengulas trenkuasa, Modenas Z650 (2023) berkongsi enjin yang sama digunakan oleh 'saudaranya' Ninja 650 dan Versys 650.

Justeru, ia dikuasakan enjin bersesaran 649 cc, 2 Silinder Parallel Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 67.3 Hp pada 8,000 rpm dan tork 65 Nm pada 6,750 rpm.

Di bahagian suspensi, Modenas Ninja 650 (2023) dipadankan dengan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal dengan ciri pelarasan preload (belakang).

Sistem brek menggunakan cakera berkembar 300 mm dengan kaliper dua piston (depan) dan cakera berkembar 220 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Informasi penting lain termasuklah tangki bahan api 15 liter, ketinggian pelana 789 mm dan berat 188 kg dan sistem lampu LED penuh.

Kepada yang berminat, Modenas Z650 (2023) dijadual tiba ke cawangan pengedar sah Kawasaki di seluruh Malaysia pada penghujung bulan ini.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web rasmi Modenas atau Kawasaki Malaysia di https://modenas.my/v2/, http://www.kawasaki.com.my/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.