MORBIDELLI C252V Dah Tiba Cawangan Pengedar MForce, RM 16,988!
Apa yang membuatkan Morbidelli C252V lebih mengujakan adalah ia dijana enjin 249 cc, 2 Silinder V-Twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual dengan pacuan tali sawat
TERKINI
9/22/20261 min read


MORBIDELLI Malaysia mengumumkan kehadiran Morbidelli C252V untuk pasaran Malaysia ketika acara MForce MotoXperience 2026 sempena Malaysia Bike Show, Mei lalu dan motosikal bergaya kruiser itu akhirnya tiba di cawangan pengedar MForce Bike.
Diumumkan pada harga jualan asas RM 16,988, Morbidelli C252V tampil dengan rekaan tipikal kruiser klasik yang dikatakan selesa untuk kegunaan harian mahupun tunggangan jarak jauh.
3 pilihan warna tersedia iaitu:
Bulk Black
Moss Green
Urban Silver
Apa yang membuatkan Morbidelli C252V lebih mengujakan adalah ia dijana enjin 249 cc, 2 Silinder V-Twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual dengan pacuan tali sawat.
Kuasa berada pada angka 25.4 Hp @ 9,000 rpm dan tork 25 Nm pada 5,500 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbaik (USD) dengan jarak gerak 115 mm manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak berkembar jarak gerak 47 mm dengan pelarasan prabeban.
Tugas membrek menggunakan cakera tunggal (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran dan turut dilengkapi sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
Info lain:
Tangki petrol 15.5 liter
Panel meter menggunakan digital LCD
Set roda 130/90-16 (depan), 150/80-16 (belakang)
Port pengecas USB Type-A
Sistem kunci mekanikal
Lampu LED penuh
Tinggi pelana 690 mm
Lega bumi 173 mm
Berat 177 kg
Setiap pembelian boleh menikmati jaminan pengeluar selama 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).



