MORBIDELLI Lancar 3 Model Di MotoXperience, Ada ViZY 125, SC200SR & C252V, Bermula RM 4,988!

Selain Morbidelli ViZY 125, dua lagi model adalah skuter dengan rekaan 'Sporty' namun kekal dengan rekaan dek rata, Morbidelli SC200SR dan Morbidelli C252V yang berada dalam segmen kruiser

PELANCARAN

6/2/20262 min read

MORBIDELLI Malaysia muncul pengeluar pertama melancarkan penawaran terbaharunya di pasaran tempatan sempena acara MotoXperience 2026 pada MBS 2026 apabila memperkenalkan tiga model baharu termasuk skuter 'marhaen' Morbidelli ViZY 125 (2026).

Selain Morbidelli ViZY 125, dua lagi model adalah skuter dengan rekaan 'Sporty' namun kekal dengan rekaan dek rata, Morbidelli SC200SR dan Morbidelli C252V yang berada dalam segmen kruiser.

Berikut adalah perinciannya:

Morbidelli ViZY 125

  • Harga: RM 4,988

  • Pilihan warana: Dash Yellow, Bulk Black, Stun Red

Diumumkan pada harga bawah RM 5k, Morbidelli ViZY 125 adalah model paling mampu milik dalam katalog Morbidelli di Malaysia.

Tampil dengan rekaan yang nampak ringkas namun tetap 'Sporty', Morbidelli ViZY 125 adalah skuter dek rata yang dipadankan dengan enjin 123.6 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Fi, dengan transmisi automatik CVT. Kuasa dihamburkan adalah 9.4 Hp pada 8,000 rpm dan tork 9.5 Nm pada 6,000 rpm.

Ciri-ciri menarik dan moden antaranya penggunaan lampu LED, panel meter LCD. Info lain adalah penggunaan rim 14 inci, tinggi pelana 750 mm dan tangki bahan api 4.5 liter.

Morbidelli SC200SR

  • Harga: RM 7,988

  • Pilihan warna: Kingfisher Green, Bulk Black, Sprint Purple

Tiba pada harga yang sedikit lebih tinggi berbanding ViZY 125, Morbidelli SC200SR jelas tampil dengan rekaan yang lebih menonjol dan agresif dengan garisan badan dan panel lebih tajam.

Berada pada segmen yang padat dengan persaingan, Morbidelli SC200SR tampil sebagai model dek rata yang mungkin memberikan lebihan terutama kepada peminat dalam segmen seperti itu.

Ulas trenkuasa, Morbidelli SC200SR dipadankan dengan enjin 169 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi dengan transmisi automatik CVT. Kuasa berada pada angka 16 Hp pada 8,000 rpm dan tork 15.1 Nm.

Ciri menarik yang ditawarkan adalah sistem brek cakera (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), panel meter LCD digital, soket USB, ruang simpanan bawah tempat duduk dan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS).

Morbidelli C252V

  • Harga: RM 16,988

  • Pilihan warna: Moss Green, Bulk Black, Urban Silver

Kehadiran Morbidelli C252V memberikan lebih pilihan kepada peminat motosikal bergaya kruiser. Tampil dengan rekaan yang 'kacak', ia dipadankan dengan enjin 249 cc V-Twin, 4 Lejang, Penyejuk Cecair bersama transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac 'Slipper'.

Kuasa dihamburkan pada angka 25.5 Hp pada 9,000 rpm dan tork 25 Nm pada 5,500 rpm. untuk proses penukaran gear yang lebih lancar.

Ciri-ciri menarik dan premium termasuklah padanan fork USD, brek cakera (depan/belakang), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran, Kawalan Cengkaman (TCS). Ia memiliki tinggi pelana 690 mm dan tangki bahan api 15.5 liter.