MORBIDELLI Malaysia Buat Kejutan Umum Morbidelli T250 (2026), RM 7,988!
Antara keunikan Morbidelli T250 (2026) adalah ia hadir dengan penampilan motosikal lasak sejati ala scrambler menerusi penggunaan paruh panjang yang cukup garang
TERKINI
7/30/20261 min read


TIADA angin atau ribut, Morbidelli Malaysia membuat kejutan apabila mengumumkan ketibaan model dengan penampilan lasak sejati, Morbidello T250 (2026) untuk pasaran tempatan dengan penawaran harga cukup menarik, RM 7,988.
Seperti biasa, angka yang diumumkan adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
3 pilihan warna ditawarkan iaitu:
Bulk Black
Anarchy Grey
Carnage Red
Dari sudut rekaan, Morbidello T250 (2026) tampil dengan penggayaan motosikal lasak atau 'scrambler' menerusi penggunaan paruh panjang dan cukup garang.
Dan menurut Morbidelli Malaysia, ia sememangnya menawarkan penggunaan dwi-fungsi yang menggabungkan prestasi, ketahanan serta pratikaliti untuk kegunaan harian dan pengembaraan di laluan lasak ringan.
Di bahagian trenkuasa, Morbidelli T250 dijana enjin bersesaran 249.4 cc, 1 Silinder, 4 lejang, 4 Injap, Penyejuk Minyak, SOHC dengan transmisi 6 kelajuan.
Kuasa yang dihamburkan adalah 18 kW pada 8,000 rpm dan tork 23 Nm pada 6,000 rpm.
Apa yang menarik, meskipun tiba pada harga cukup 'rahmah', Morbidelli T250 dilengkapi dengan fork depan jenis terbalik (USD) manakala suspensi belakang pula dikendalikan penyerap hentak tunggal dengan ciri pelarasan (prabeban).
Sistem brek pula dijana cakera (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran.
Info lain:
Panel meter digital LCD
Lampu depan/belakang LED
Set roda 90/90-19 (depan), 110/90-17 (belakang)
Tinggi pelana 830 mm
Laga bumi 250 mm
Tangki Bahan Api 12 liter
Berat 154 kg
Seperti biasa, setiap pembelian boleh menikmati jaminan perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Morbidelli Malaysia.



