MORBIDELLI T250X (2026) Tiba Di Cawangan Pengedar MForce, RM 9,888!

Tampil dengan rekaan yang unik, Morbidelli T250X dikuasakan enjin 249.4 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Minyak, Fi, SOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual

TERKINI

7/31/20261 min read

PENANTIAN peminat motosikal bergaya 'Adventure touring' suku liter negara terhadap model yang diumumkan sejak beberapa bulan lalu, Morbidelli T250X berakhir apabila ia mula tiba di cawangan pengedar MForce Bike.

Diumumkan pada harga cukup menarik RM 9,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), Morbidelli T250X adalah motosikal yang menawarkan ciri dwi-fungsi yang menggabungkan prestasi, ketahanan serta kepraktisan untuk kegunaan harian dan pengembaraan.

3 Pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Bulk Black

  • Anarchy Grey

  • Raptor Yellow

Tampil dengan rekaan yang unik, Morbidelli T250X dikuasakan enjin 249.4 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Minyak, Fi, SOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 22.4 Hp pada 7,500 rpm dan tork 22.3 Nm pada 6,000 rpm.

Info lain:

  • Set roda 90/90-19 (depan), 110/90-17 (belakang)

  • Tinggi pelana 820 mm

  • Panel meter digital

  • Port pengecas USB Type-A

  • Lampu LED penuh

  • Visor angin

  • Pelindung tangan

  • Lega bumi 220 mm

  • Tangki bahan api 11.7 liter

  • Berat 154 kg

Meskipun angka jualan yang menarik, Morbidelli T250X dilengkapi dengan ciri premium antaranya fork jenis terbalik (USD) di bahagian depan dan penyerap hentak tunggal dengan ciri pelarasan pra-beban (belakang).

Sistem membrek dikendalikan oleh cakera tunggal bersama kaliper dua piston (depan) dan lengkap dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) 2 saluran.

Setiap pembelian Morbidelli T250X boleh menikmati jaminan perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Morbidelli Malaysia.