MOTO Morini Seiemmezzo 650 SCR (2024) Kini Di Malaysia, Kelengkapan Premium, RM 33.9k

PELANCARAN

5/26/20241 min read

MOTO Morini, syarikat pengeluar motosikal asal Itali melancarkan penawaran terbaharunya di Malaysia menerusi Moto Morini Seiemmezzo 650 SCR (2024).

Kehadiran Moto Morini Seiemmezzo 650 SCR (2024) yang bergaya 'Scrambler' mengikuti kehadiran penawaran sulung Moto Morini di Malaysia iaitu Moto Morini X-Cape 650 yang bersaing dalam segmen Adventure Touring.

Dan untuk Moto Morini Seiemmezzo 650 SCR (2024), ia diumumkan pada harga asas RM 33,888 (Tak termasuk pendaftaran, cukai jalan, insuran).

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Night Black, Blue Storm dan Navy Green.

Dari sudut rekaan, seperti motosikal asal Itali namun kini milik China, Moto Morini Seiemmezzo 650 SCR (2024) tampil menarik, tak murah seperti 'saudaranya' Moto Morini X-Cape 650.

Mengulas ringkas motosikal yang namanya bermakna 6 setengah ini, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 650 cc, 2 Silinder Sebaris,

8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihasilkan adalah 61 Hp @ 8,250 rpm dan tork 54 Nm @ 7,000 rpm.

Di bahagian suspensi, ia dipadankan dengan fork jenis terbalik (USD) jenama Kayaba berwarna emas dengan ciri pelarasan penuh (depan) dan penyerap hentak tunggal juga dengan pelarasan penuh (belakang).

Soistem brek pula menggunakan cakera berkembar 298 mm dengan kaliper Brembo 2 Piston (depan) dan cakera tunggal 255 mm dengan kaliper 2 Piston yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Panel meter menggunakan TFT berwarna 5 inci lengkap dengan ciri sambungan ke telefon pintar.

Informasi lain adalah seperti penggunaan sistem lampu LED penuh, set roda 120/70-18 dengan rim jejari (depan), 160/6--17 (belakang) dengan tayar 'dual purpose' Pirelli MT60RS, tinggi pelana 810 mm, tangki bahan api 16 liter dan berat 200 kg.

Kepada yang takl tahu, MForce Bike Holdings Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab memasarkan dan menjual motisikal jenama Moto Morini di Malaysia.

Sebelum terlupa, setiap pembelian akan menerima jaminan pengeluar selama dua tahun, tanpa jarak perbatuan serta pembelian atas talian untuk alat ganti tulen Moto Morini.