MOTO Morini X-Cape 700 (2025) Rasmi Di Malaysia, RM 33,888!

Sebagai model naik taraf, Moto Morini X-Cape 700 tampil dengan padanan enjin 693 cc, Parallel-twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual

PELANCARAN

11/20/20251 min read

PENANTIAN peminat motosikal 'Adventure touring' tempatan untuk kehadiran 'Abang' Moto Morini X-Cape 650 berakhir apabila Moto Morini Malaysia merasmikan Moto Morini X-Cape 700 (2025) yang ditawarkan pada harga asas RM 33,888.

Yang menariknya, harga yang diumumkan termasuk tiga kotak barangan belakang (top box dan pannier kiri dan kanan).

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Black

  • Red

Dan kehadiran Moto Morini X-Cape 700 (2025) sekali gus menandakan tamatnya penjualan Moto Morini X-Cape 650 di pasaran Malaysia.

Sebagai model naik taraf, Moto Morini X-Cape 700 tampil dengan padanan enjin 693 cc, Parallel-twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa adalah sebesar 71 Hp @ 8,500 rpm dengan tork 68 Nm @ 6,500 rpm.

Dengan angka berkenaan, ia menjadikan Motor Morini X-Cape 700 lebih bertenaga dan sesuai untuk penggemar tunggangan jarak jauh serta laluan mencabar.

Dari sudut rekaan, Moto Morini X-Cape 700 mengekalkan DNA asas X-Cape 650 namun tampil lebih matang dengan kemasan premium.

Menurut Moto Morini, ciri ergonomik turut diperhalusi untuk keselesaan tunggangan selain tambahan teknologi moden yang dikatakan meningkatkan pengalaman menunggang.

Menurut MForce Bike, kehadiran Moto Morini X-Cape 700 dijangka memperkukuh segmen motosikal ‘adventure touring’ di Malaysia, sekali gus memberi pilihan baharu kepada penunggang yang mahukan gabungan prestasi, gaya dan praktikaliti.

Selain itu, pelancaran Moto Morini X-Cape 700 bukan sahaja menandakan evolusi jenama Moto Morini di Malaysia, tetapi juga mengukuhkan kedudukan segmen motosikal pertengahan kapasiti dengan tawaran harga kompetitif serta kelengkapan praktikal untuk pengembaraan.

Moto Morini X-Cape 700 akan mula berada di semua cawangan pengedar MForce Bike Holdings bermula Januari 2025.