MOTO Morini X-CAPE 700 (2026) Kini Rasmi Di Pasaran, RM 33.9k!
Pelancaran Moto Morini X-CAPE 700 yang diposisi dalam segmen 'Adventure touring' untuk pasaran tempatan diumumkan pada penghujung tahun lalu ketika lawatan MForce Bike ke China yang turut membabitkan media automotif tempatan
TERKINI
3/30/20261 min read


MOTO Morini Malaysia, mengikuti pengumuman pada penghujung tahun lalu mengesahkan kehadiran salah satu model yang dihantikan dalam segmen 'Adventure touring', Moto Morini X-CAPE 700 (2026) di pasaran tempatan.
Seperti pelancarannya di China pada penghujung tahun lalu, ketibaan Moto Morini X-CAPE 700 (2026) hadir bersama harga asas menarik, RM 33,888.
Tiga pilihan warna menarik ditawarkan iaitu:
Stone Black
Vortex Red
Dynamic White
Mengulas rekaan, Moto Morini X-CAPE 700 menampilkan rekaan 'ADV' bergaya Itali dengan garis tajam terutama di bahagian depan yang agresif dan tegap namun tetap 'Sporty' serta paling utama tidak begitu berlebihan.
Ulas trenkuasa, Moto Morini X-CAPE 700 dijana enjin 693 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api bersama transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac Slipper.
Kuasa berada pada angka 73.7 Hp pada 8,500 rpm dan tork 68 Nm pada 6,500 rpm.
Sebagai penawaran terkini dan moden, Moto Morini X-CAPE 700 dilengkapi panel TFT 7 inci lengkap dengan sambungan ke telefon pintar, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), TPMS dan dua mod tunggangan (Off-Road dan Ride).
Dari sudut keselamatan, sistem brek Moto Morini X-CAPE 700 menggunakan cakera berkembar bersaiz 298 mm dengan kaliper 4 Piston daripada Brembo (depan) dan cakera tunggal 298 mm dengan kaliper 2 Piston juga dari Brembo (belakang) lengkap sistem ABS dwi-saluran.
Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) boleh laras jenama Marzocchi dengan jarak pergerakan 165 mm (depan) serta penyerap hentak belakang tunggal dengan jarak gerak 160 mm boleh laras jenama KYB.
Info lain:
Dimensi - 2,220 mm panjang, 960 mm lebar dan 1,510 mm tinggi, jarak roda 1,490 mm, tinggi pelana 840 mm, jarak lega bumi 190 mm
Berat 233 kg
110/90-19 (depan), 150/70-R17 (belakang) dengan rim jelas jejari
Suis keselamatan tongkat sisi
Sistem lampu LED penuh
Visor angin boleh laras manual
Apa yang menarik, setiap pembelian Moto Morini X-CAPE 700 hadir dengan dua kotak sisi berkapasiti 34 liter kiri, 30 literkanan) dan 'top box' 39 liter dan pelindung tangan secara standard.
Seperti biasa, setiap pembelian Moto Morini X-CAPE 700 boleh menikmati jaminan perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.







