MOTOGP 2023: BAGNAIA, Ducati Menangi Perlumbaan Sprint Di GP Austria, Martin Kena Penalti Cetus 'Kecoh'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/19/20232 min read

JUARA dunia MotoGP tahun lalu, Francesco Bagnaia merangkul kemenangan penuh dominan pada Perlumbaan Sprint di Grand Prix (GP) Austria, hari ini yang sekaligus mengecewakan pelumba pasukan 'tuan rumah' Brad Binder dari KTM untuk meraih kemenangan di Red Bull Ring.

Begitupun, prestasi Binder tidak terlalu mengecewakan buat peminat tuan rumah apabila pelumba kelahiran Afrika Selatan itu turut mendaki podium sebagai pemenang tempat kedua.

Satu lagi posisi podium disambar pelumba satelit Ducati, Jorge Martin dari Pramac Ducati sekalipun pelumba Sepanyol itu terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-12.

Begitupun, kejayaan Martin itu sedikit 'tercalar' selepas dia dikatakan menjadi punca kepada kemalangan beberapa pelumba lain pada perlumbaan berkenaan.

Antara yang terbabit adalah pelumba Aprilia, Maverick Vinales, Marco Bezzecchi, Fabio Quartararo, Johann Zarco dan Miguel Oliveira.

Sekalipun mendakwa tidak melakukan kesalahan, Martin begitupun dikenakan tindakan oleh badan induk, FIM namun hukumannya hanyalah penalti yang bermakna kedudukan podiumnya kekal.

Martin didapati bersalah atas kesalahan 'menunggang dengan tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kemalangan'. Sebagai kesalahan pertamanya untuk musim ini, penalti yang tersedia kepada Martin adalah 'Long Lap Penalty'.

Selain itu, Martin turut dikatakan menjadi 'punca' pelumba VR46 Ducati, Luca Marini terjatuh namun tiada tindakan lanjut diberikan kepadanya.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Austria

1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), 21m 1.844s

2. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +2.056s

3. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), +5.045s

4. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22), +8.252s

5. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +11.365s

6. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), +11.816s

7. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +11.960s

8. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +11.984s

9. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +13.634s

10. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +14.435s

11. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), +15.251s

12. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +16.740s

13. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +18.825s

14. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), +19.536s

15. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +22.321s

16. Iker Lecuona (SPA) LCR Honda (RC213V), +25.593s

17. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, +25.789s

Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), DNF (Tak habiskan perlumbaan)

Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), DNF

Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP23), DNF

Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), DNF

Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), DNF

Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), DNF