MotoGP 2023: Pasukan 'Satelit' Ducati Isi Petak Depan GP Qatar, Luca Marini Terpantas Kelayakan!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/18/20232 min read
DUCATI terus menampilkan prestasi dominan di MotoGP dengan menguasai barisan hadapan Grand Prix (GP) Qatar 2023 dan menariknya menerusi pasukan satelit diketuai pelumba Mooney VR46 Ducati, Luca Marini.
Marini yang juga adik kepada legenda MotoGP Valentino Rossi melakukan catatan terpantas 1 minit 51.762 saat dengan menggunakan jentera 'purba' Desmosedici GP22.
Di petak kedua adalah pelumba Gresini Ducati yang turut menggunakan jentera GP22, Fabio Di Giannantonio dan melengkapkan barisan depan adalah pemenang Perlumbaan Sprint GP Malaysia 2023, Alex Marquez.
Seperti rakan sepasukannya Di Giannantonio, Marquez turut menggunakan jentera GP22.
Lebih menarik buat Marini, pelumba yang kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Repsol Honda bagi menggantikan Marc Marquez itu turut memecahkan rekod terpantas di Litar Losail untuk meraih petak utama itu.
Dan Di Giannantonio turut dikhabarkan sebagai penggantinya di VR46 Ducati.
Mengisi barisan kedua juga daripada Ducati namun pelumba yang menggunakan jentera spesifikasi terkini, Desmosedici GP23 diketuai pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia.
Ia diikuti pencabar utamanya bagi kejuaraan dunia, Jorge Martin (Pramac Ducati) yang turut menggunakan jentera GP23 dan rakan sepasukannya, Johann Zarco.
Aksi hari ini turut 'dimeriahkan' dengan insiden 'tampar' membabitkan pelumba veteran Aprilia, Aleix Espargaro dan Franco Morbidelli ketika sesi latihan.
Susulan insiden itu, Espargaro dikenakan denda 10,000 Euros (RM 51,036) dengan tambahan penalti enam kedudukan di grid yang menyaksikannya bermula di petak ke-16 ketika perlumbaan.
Selain itu, pelumba gantian LCR Honda, Iker Lecuona turut dikenakan penalti tiga posisi di grid kerana didapati menunggang dengan perlahan di 'garisan lumba' dan mengganggu Enea Bastianini.
Keputusan Sesi Kelayakan MotoGP Qatar 2023
1. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) 1'51.762s,
2. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22) +0.067s
3. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22) +0.136s
4. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23) +0.274s
5. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23) +0.296s
6. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23) +0.339s
7. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V) +0.341s
8. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +0.413s
9. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22) +0.586s
10. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23) +0.704s *Mula Petak 16
11. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) +0.967s
12. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16) +1.022s
13. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22) 1'52.504s
14. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) 1'52.524s
15. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23) 1'52.828s
16. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16 1'52.889s
17. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22) 1'53.099s
18. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1) 1'53.143s
19. Pol Espargaro) SPA) Tech3 GASGAS (RC16) 1'53.362s
20. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V) 1'53.57s
21. Iker Lecuona (SPA) LCR Honda (RC213V) 1'53.838s *Mula Petak Terakhir
22. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V) 1'54.36s