MotoGP 2024 Tanpa Perlumbaan Sprint? Ini Kedudukan Semasa
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/22/20241 min read


PERLUMBAAN Sprint diperkenalkan dalam kalendar MotoGP pada musim lalu dan kehadiran aksi pada Sabtu itu jelas mengubah kejuaraan itu dengan ada peminat menggemarinya serta tidak.
Sama ada suka atau tidak, bagi pelumba, pembaharuan yang diperkenalkan penganjur, Dorna itu perlu diharungi.
Sebagai info, Perlumbaan Sprint adalah perlumbaan yang berlangsung dengan jarak separuh daripada perlumbaan sebenar dan dijalankan pada Sabtu selepas sesi kelayakan dimuktamadkan.
Kepada peminat, ia memberikan lebih aksi dan drama namun ada pelumba yang menyatakan ia satu bebanan.
Dan ia selaras dengan perancangan Dorna yang mengharapkan penganjuran Perlumbaan Sprint akan meningkatkan jumlah kehadiran penonton ke litar.
Jika Perlumbaan Sprint tidak berlangsung pada musim lalu, penyandang juara dunia Francesco Bagnaia tetap akan menjulang gelaran keduanya namun dengan lebih selesa iaitu 327 mata berbanding 260 mata daripada Jorge Martin.
Jadi pernahkan anda terfikir jika Perlumbaan Sprint tidak diperkenalkan dan bagaimanakan situasi kedudukan carta pelumba ketika ini.
Dan selepas 11 perlumbaan berlangsung musim ini, berikut adalah kedudukannya tanpa aksi Sprint.
Francesco Bagnaia - 218 mata
Jorge Martin - 175 mata
Enea Bastianini - 161 mata
Marc Marquez - 134 mata
Brad Binder - 100 mata
Kedudukan carta semasa (Sprint + GP)
Francesco Bagnaia - 275 mata
Jorge Martin - 270 mata
Enea Bastianini - 214 mata
Marc Marquez - 192 mata
Brad Binder - 128 mata
