MotoGP: Bidaan Kurang RM 928.5 juta Daripada TKO, Tapi Liberty Media Tetap Menang!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/12/20241 min read

LIBERTY Media berjaya memperoleh ekuiti Dorna Sport untuk menjadi pemilik baharu MotoGP sekalipun jumlah dana yang ditawarkan firma berkenaan kurang € 200 juta (RM 928.5 juta) berbanding pencabarnya TKO Group.

Menurut laporan Financial Times, TKO Group yang juga pengelolo kejuaraan sukan tempur Ultimate Fighting Championship (UFC) dan World Wrestling Entertainment tidak menjadi pilihan Bridgepoint.

Sekaliknya, firma berkenaan memilih Liberty Media yang menawarkan € 4.2 bilion (RM 21.33 bilion) termasuk hutang.

Liberty seperti diketahui adalah pemilik Formula 1 yang menyaksikan kedua-dua perlumbaan elit 4 dan 2 roda dunia kini berada di bawah satu bumbung.

"Kami tahu yang bidaan kami lebih € 200 juta (RM 928.5 juta) daripada Liberty,” kata CEO TKO Group, Ari Emanuel kepada Financial Times.

Bridegpoint dalam pada itu tidak mendedahkan nilai bidaan TKO kepada Financial Times namun 'Orang yang rapat dengan perjanjian itu' berkata Emanuel dan TKO 'secara asasnya tidak sesuai'.

TKO dalam pada itu turut mendakwa Bridgepoint bukan saja gagal dalam tugasnya memaklumkan kepada LP (Rakan kongsi terhad) syarikat itu namun kepada pemegang sahamnya di pasaran awam.

Liberty begitupun perlu mendapatkan kelulusan daripasa pentadbir undang-undang perlumbaan Eropah bagi melengkapkan pembelian MotoGP tetapi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Greg Maffei menegaskan yakin akan mendapat kelulusan berkenaan.