MotoGP Grand Prix Thailand 2026 Rasmi Disiarkan Secara Langsung Di Sukan RTM!

Perkembangan menarik itu membolehkan peminat sukan permotoran tempatan menonton aksi perlumbaan berprestij MotoGP secara percuma di televisyen atau atas talian

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/24/20261 min read

PUSINGAN pembuka tirai MotoGP 2026 Grand Prix Thailand pada hujung minggu ini rasmi akan disiarkan secara langsung oleh RTM menerusi saluran Sukan RTM.

Perkembangan menarik itu membolehkan peminat sukan permotoran tempatan menonton aksi perlumbaan berprestij itu secara percuma di televisyen atau atas talian.

Menurut maklumat siaran yang tersenarai dalam jadual RTM, liputan untuk hari Sabtu akan bermula pada 11.45 pagi hingga 1.00 tengah hari, kemudian bersambung semula dari 1.30 petang hingga 5.00 petang untuk aksi kelayakan semua kategori serta perlumbaan Sprint MotoGP.

Bagi Ahad, siaran penuh untuk kelas Moto3, Moto2 dan MotoGP dijadualkan bermula pada 12.30 tengah hari hingga 5.30 petang.