MOTOGP: Gresini Ducati jadi penyelamat masa depan Marc Marquez?

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/26/20231 min read

SATU perkembangan mengejutkan apabila pengurus kepada jaguh MotoGP Honda, Marc Marquez dilaporkan menjalankan perbincangan berpotensi bersama pasukan satelit Ducati, Gresini.

Dilaporkan oleh akhbar El Periodico, pengurus baharu Marc, Jaime Martinez dikatakan sudah menjalankan perbincangan bersama Gresini Ducati, pasukan yang disertai adiknya, Alex Marquez pada tahun ini.

Akhbar itu melaporkan yang perjanjian mengenai penyelesaian masa depan bersama Gresini mungkin sudah pun dipersetujui.

Menurut laporan itu, Marquez dikatakan menuntut Honda supaya menggaji juruter-jurutera berbakat Eropah untuk mengembalikan semula kebangkitan mereka pada 2024.

"Itu adalah rancangannya atau mereka atau mereka akan kehilangan yang terbaik," kata laporan itu.

"Satu-satunya perkara yang membolehkan Marc kekal di Honda adalah membabitkan penubuhan projek revolusi yang dijalankan oleh bakat-bakat terbaik Eropah.

"Kerana jika Honda memiliki sesuatu, ia adalah duit, duit yang banyak, untuk mendapatkan banyak bakat.

"Jika dia (Marc) tidak dapat melihat rekasi yang jelas, atau benar, seperti kehadiran pakar, 'gurus' ke dalam projek itu, dia akan keluar."