MotoGP: Jorge Martin Menang Perlumbaan Sprint Di India, 'Pecco' Bagnaia, Marc Marquez Lengkap Podium!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/23/20231 min read
JORGE Martin terus membuktikan dia sememangnya layak mengisi tempat di pasukan 'Factory' Ducati selepas menjuarai Perlumbaan Sprint MotoGP Grand Prix (GP) India.
Kemenangan di Litar Antarabangsa Buddh menyaksikan pelumba pasukan satelit Prima Pramac Ducati itu meneruskan deretan kemenangannya kepada tiga selepas turut menjuarai kedua-dua perlumbaan di San Marino.
Selepas mengharungi permulaan yang buruk, Marco Bezzecchi yang memulakan aksi di petak utama berdepan situasi tidak diingi selepas dirempuh rakan sepasukannya, Luca Marini.
Begitupun, Bezzecchi berjaya mencipta kebangkitan menakjubkan untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima ketika Marini mengalami kecederaan agak teruk dan dibawa ke hospital.
Di kelompok depan, Martin seperti tidak mempedulikan siapa yang berada di belakangnya dan mengekalkan posisi pendahulu sehingga garisan penamat dengan bergaya.
Mengikutinya di podium selaku naib juara adalah pendahulu kejuaraan MotoGp 2023, Francesco Bagnaia.
Dan apa yang menarik, pelumba Repsol Honda yang mencipta pelbagai spekulasi mengenai masa depannya, Marc Marquez mengisi tempat terakhir di podium.
Secara keseluruhan, hanya 15 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan dengan enam lagi pelumba termasuk adik beradik Espargaro berada dalam status DNF (Tak menamatkan perlumbaan).
Berikut adalah keputusan penuh Perlumbaan Sprint GP India 2023
1. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23)
2. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23)
3. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V)
4. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16)
5. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22)
6. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1)
7. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16)
8. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Factory (RS-GP23)
9. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22)
10. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22)
11. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*
12. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22)
13. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V)
14. Michele Pirro (ITA) Ducati Lenovo (GP23)
15. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1)
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Factory (RS-GP23) - DNF
Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23)
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V)
Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22)
Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)
Stefan Bradl (GER) LCR Honda (RC213V)