MOTOGP: Razlan Harap Perlumbaan 'Kering', Tapi Tak Bimbang Jika Hujan

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/11/20231 min read

BOS pasukan MotoGP Cryptodata RNF Aprilia, Datuk Razlan Razali berharap pelumbanya terutama Miguel Oliveira yang dianggap antara 'pakar' dalam perlumbaan 'basah' berjaya mencipta sesuatu di Grand Prix (GP) Indonesia hujung minggu ini.

Kepada yang tidak tahu, Oliveira adalah pemenang GP Indonesia yang berlangsung di Litar Mandalika, musim lalu namun bersama KTM.

Berlangsung dalam keadaan hujan lebat sehingga penganjur terpaksa menggunakan khidmat 'bomoh', Oliveira yang bermula di petak ketujuh muncul sebagai pendahulu perlumbaan seawal pusingan pertama sebelum meraih kemenangan keempat kariernya di MotoGP.

Pelumba kelahiran itu sekali lagi menunjukkan kemampuannya di litar basah dengan menjuarai GP Thailand di Buriram.

Bersama RNF Aprilia, selepas Oliveira mencabar kedudukan podium di Silverstone dan Catalunya dalam keadaan 'kering', pelumba berusia 28 tahun itu sekali lagi dilabel sebagai pilihan di Jepun namun masalah teknikal membabitkan helmet memaksanya menamatkan perlumbaan lebih awal.

Dan sekalipun 'padu' di litar basah, Razlan mengharapkan perlumbaan 'kering' di Mandalika namun sudah bersedia andai ia berlaku.

"Kami tahu yang Miguel berlumba dengan baik dalam keadaan cuaca yang sukar pada 2022," kata Razlan memetik laporan Crash.net.

"Kami mengharapkan cuaca yang baik, tetapi jika ia hujan, kami berharap yang Miguel dapat mengulangi pencapaian terbaiknya di litar ini."

Oliveira dalam pada itu kemenangan di Indonesia tahun lalu memberikan motivasi tambahan untuknya berlumba tahun ini.