MOTOGP: Siapa Kekal, Siapa Keluar? Ini Situasi Di Grid Perlumbaan Musim 2024!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/27/20231 min read

SETAKAT ini, dua perpindahan di MotoGP bagi musim 2024 sudah disahkan menerusi Alex Rins dan Johann Zarco.

Pelumba Perancis, Zarco meninggalkan Pramac Ducati bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Rins di LCR Honda yang meninggalkan pasukan satelit itu untuk menyertai pasukan berstatus 'kilang' Yamaha.

Bagi mengisi ruang untuk Rins, Yamaha menyingkirkan pelumbanya, Franco Morbidelli yang setakat ini masih belum mempunyai tempat untuk berlumba pada 2024.

Selain Morbidelli, status empat lagi pelumba bagi musim depan masih belum dapat ditentukan iaitu Fabio di Giannantonio, Luca Marini, Marco Bezzecchi dan Takaaki Nakagami dengan kontrak mereka bersama pasukan bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Tetapi, situasi nampak tidak begitu merunsingkan buat Marini dan Bezzecchi dengan kedua-duanya dijangka akan dilanjutkan kotrak atau pasti dilanjutkan kontrak.

Dari sudut kekosongan, antara pasukan yang masih belum melengkapkan senarai pelumba adalah Gresini Racing MotoGP Ducati (1 kekosongan), VR46 (2 kekosongan) dan Prima Pramac Racing (1 kekosongan).

Situasi memeningkan turut melanda kem KTM apabila mereka memerlukan 1 tempat di grid MotoGP musim depan selepas menandatangani Pedro Acosta sebagai pelumba bagi musim depan dengan keempat-empat 'kerusi' yang ada sudah pun mempunyai penghuninya.

Berikut kami senaraikan status kontrak kesemua pelumba yang sedang bersaing di kempen MotoGP musim ini.

Monster Energy Yamaha MotoGP

  • Fabio Quartararo (Penghujung 2024)

  • *Franco Morbidelli (Penghujung 2023)

Ducati Lenovo

  • Francesco Bagnaia (Penghujung 2024)

  • Enea Bastianini (Penghujung 2024)

Aprilia Racing

  • Aleix Espargaro (Penghujung 2024)

  • Maverick Vinales (Penghujung 2024)

Repsol Honda

  • Marc Marquez (Penghujung 2024)

  • Joan Mir (Penghujung 2024)

Red Bull KTM Factory Racing

  • Jack Miller (Penghujung 2024)

  • Brad Binder (Penghujung 2026)

Gresini Racing MotoGP (Ducati)

  • Alex Marquez (Penghujung 2024)

  • Fabio di Giannantonio (Penghujung 2023)

Prima Pramac Racing (Ducati)

  • Jorge Martin (Penghujung 2024)

  • *Johann Zarco (Penghujung 2023) - Sertai LCR Honda (Kontrak Penghujung 2025)

Mooney VR46 Racing (Ducati)

  • Luca Marini (Penghujung 2023)

  • Marco Bezzecchi (Penghujung 2023)

RNF MotoGP Team (Aprilia)

  • Miguel Oliveira (Penghujung 2024)

  • Raul Fernandez (Penghujung 2024)

Tech3 GASGAS Factory Racing (KTM)

  • Pol Espargaro (Penghujung 2024)

  • Augusto Fernandez (Penghujung 2024)

LCR Honda Castrol/Idemitsu

  • *Alex Rins (Penghujung 2024) - Sertai Monster Energy Yamaha MotoGP (Kontrak Penghujung 2024)

  • Takaaki Nakagami (Penghujung 2023)