MSBK 2023: Kasma Takluk Kelas Elit, Helmi Cetak Kemenangan Berganda MSBK600!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/20/20232 min read

KASMA Daniel Kasmayudin dari Yamaha Gen Blu Racing Team Asean membuktikan statusnya sebagai penyandang juara kelas perdana MSBK1000 dengan memenangi Perlumbaan 2 pusingan pembukaan MSBK 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Kemenangan itu bagaikan membalas dendam kekalahan kepada pelumba Honda, Azroy Hakeem Anuar pada Perlumbaan 1, semalam. Dan sekali lagi, persaingan hebat disajikan kepada penonton membabitkan Kasma dan Azroy yang menyaksikan pelumba Boon Siew Honda Racing itu terpaksa berpuas hati di tangga kedua.

"Saya dedikasikan kemenangan ini kepada Haruki, yang juga rakan saya dan pencabar yang hebat dalam kempen ARRC," kata Kasma di mana arena perlumbaan Asia dikejutkan dengan kematian pelumba Jepun, Haruki Noguchi, minggu lalu.

Mengulas perlumbaan, Kasma berkata dia fokus untuk mengekalkan tahap konsisten catatan masa sepusingannya kerana mengetagui Azroy berada hampir dibelakangnya.

"Saya tahun Azroy akan mencari jalan pada beberapa pusingan terakhir jadi saya bersedia menghadapinya dan bersedia," katanya.

Seorang lagi pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamaruzaman dari Horizon Racing Team melengkapkan kedudukan podium.

Sementara itu, perlumbaan MSBK1000 (B) berjaya dimenangi Md Amir Izzat Rozali dari pasukan Horizon Racing Team.

Dalam kelas MSBK600, pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Helmi Azman meraih kemenangan berganda selepas turut menjuarai Perlumbaan 2.

Tetapi kemenangan kali ini jauh lebih mudah buat Helmi selepas rakan sepasukannya, Khairul Idham Pawi berdepan masalah dengan jentera dan tak memulakan perlumbaan.

Pelumba Jepun, Soichiro Minamimoto dari pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team Asean di tempat kedua manakala rakan sepasukannya, Md Sharul Ezwan lengkapkan posisi podium.

"Saya tidak menjangkakan jentera Khairul mengalami masalah. Kami merancang untuk berada di depan bersama-sama ketika perlumbaan tetapi malangnya ia tidak berlaku," kata Helmi.

Dalam kelas MSBK250 (A), kemenangan menjadi milik Md Irfan Hakyal dari Boon Siew Honda Racing Team manakala pelumba India, Rakshith (CRA Motorsports India) memenangi kelas MSBK250 (B).

Sementara itu, perlumbaan Honda CBR250RR Challenge Cup berjaya dimenangi pelumba Vietnam, Cao Viet Nam manakala Abdullah Qayyum Razak (NS1 Racing Team) memenangi perlumbaan Berjaya Sompo Y16ZR Race MasterClass.

Keputusan Perlumbaan 2 Pusingan 1 MSBK 2023

MSBK1000

1. Kasma Daniel Kasmayudin, Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, 21’21:258s

2. Azroy Hakeem Anuar, Boon Siew Honda Racing Team, 21’23:084s

3. Azlan Shah Kamaruzaman, Horizon Racing Team, 21’56:129s

MSBK1000 (B)

1. Md Amir Izzat Rozali, Horizon Racing Team, 23’04:405s

2. Raja Nazeem, 23’11:077s

3. Khoo Chee Yen, Mobilub Suzuki Racing Team, 24’07:956s

MSBK600

1. Md Helmi Azman, Boon Siew Honda Racing Team, 21’57:942s

2. Soichiro Minamimoto, Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, 22’10:865s

3. Md Sharul Ezwan, Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, 22’23:410s

MSBK250 (A)

1. Md Irfan Haykal, Boon Siew Honda Racing Team, 19’46:542s

2. Mr Farid Hakimi, Boon Siew Honda Racing Team, 19’57:926s

3. Geoffrey Reviven Emmanuel, Gusto Racing Team, 20’11:915s

MSBK250 (B)

1. Rakshith, CRA Motorsports India, 20’52:611s

2. Ke Huan Ni, Lady Boss Racing Team, 20’53:833s

3. Md Nur Haikal, HJ Racing Team, 21’03:022s

Honda CBR250RR Challenge Cup

1. Cao Viet Nam, Vietnam, 20’21:555s

2. Md Firdaus Hamdan, Malaysia, 20’46:420s

3. Md Haziq Hamdan, Malaysia, 20’26:420s

Berjaya Sompo Y16ZR Race MasterClass

1. Abdullah Qayyum Abd Razak Ns1 Racing Team, 17’46:888s

2. Danial Johan Tiga-S Motorsikal, 17’4:926s

3. Ahmad Syukran Aizat, Ys Chong Motor, 17’46:931s

*Kedudukan podium sahaja disenarai