MSBK 2023: Kasma Takluk Perlumbaan 1 MSBK1000, Helmi Menang MSBK600!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/16/20233 min read

SEPERTI dijangka, barisan pelumba negara yang beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) menguasai Perlumbaan 1 pusingan penutup musim Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2023 di Sepang, hari ini.

Dalam kelas elit MSBK1000 (A), perlumbaan dimenangi pelumba pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team ASEAN, Kasma Daniel Kasmayuddin manakala dalam kelas MSBK600, kemenangan berjaya diraih pelumba Boon Siew Honda Racing, Helmi Azman.

Kemenangan pada Perlumbaan 1 menyaksikan Kasma yang juga penyandang juara keseluruhan meneruskan rentak kemenangan kepada enam berturut-turut selepas turut mendominasi Pusingan 2 sebelum ini.

Mengikuti Kasma di podium seorang lagi pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Horizon Racing Team) yang menunggang jentera BMW S1000RR dan tempat ketiga diisi pelumba Boon Siew Honda Racing, Azroy Hakeem Anuar.

"Saya cuba mengawal kelajuan saya sepanjang perlumbaan. Saya cuba untuk mencatat masa yang saya mahukan dan saya akhirnya berjaya melakukannya jadi saya amat gembira," kata Kasma.

"Ketika perlumbaan berlangsung, saya mendapati jurang di antara saya dan Azlan yang berada di belakang saya agak jauh. Jadi saya hanya mengekalkan kelajuan saya dan cuba untuk berhati-hati.

"Saya akan cuba untuk mendapatkan kemenangan yang sama esok dan berharap ia akan berjalan dengan lancar seperti hari ini."

Sementara itu, pelumba negara yang beraksi di kelas SS600 di ARRC 2023, Md Helmi Azman terpaksa bekerja keras sebelum mencapai kemenangan dalam kelas MSBK600.

Terpaksa bermula di petak kedua, pelumba berpengalaman negara itu dicabar sengit pelumba muda, Hakim Danish Ramli dari SIC Racing dan menunggang jentera Yamaha sehingga garisan penamat. Rakan sepasukan Helmi, Md Idlan Haqimi lengkapkan kedudukan podium.

"Meskipun pada perlumbaan kali ini pencabar-pencabar utama saya tidak mengambil bahagian, tetapi kehadiran Hakim Danish turut memberikan saya cabaran yang sengit dan saya fikir kelebihan saya adalah pengalaman yang saya miliki," kata Helmi.

Sementara itu, Md Irfan Haykal dari Boon Siew Honda Racing Team merangkul kemenangan dalam kelas MSBK250 (A) manakala Md Izrul Huzaimi (HORIZON RACING TEAM) memenangi MSBK250 (B) dan Md Shahrol Syazras menjuarai perlumbaan Honda CBR250RR Challenge Cup dalam perlumbaan yang berlangsung serentak.

Dalam perlumbaan Berjaya Sompo YAMAHA Y16ZR Race MasterClass pula, Md Shafiq Ezzariq dari Welly Racing meraih kemenangan.

Sebagai info, Perlumbaan 2 bagi kelas MSBK250 dan Berjaya Sompo Y16ZR Race MasterClass dijadual berlangsung, esok namun bagi kelas MSBK600 dan MSBK1000, dua perlumbaan dijadualkan berlangsung iaitu Perlumbaan 2 dan 3.

Keputusan Perlumbaan 1 MSBK 2023

MSBK1000 (A)

1. Kasma Daniel Kasmayuddin, YAMAHA GEN BLU RACING TEAM ASEAN, 21’28:457s

2. Azlan Shah Kamaruzaman, HORIZON RACING TEAM, 21’32:642s

3. Azroy Hakeem Anuar, BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 21’32:969s

4. Soichiro Minamimoto, YAMAHA GEN BLU RACING TEAM ASEAN, 21’33:037s

MSBK1000 (B)

1. Md Amir Izzat HORIZON RACING TEAM, 22 :29.396

2. Hsuan Ming Chen, DREAM TEAM, 22 :29.524

3. Shih Wei Kuo, DREAM TEAM, 22 :59.010

4. Mohd Radzi Omar, FGRT (FAUZI GAN RAING TEA M), 23 :01.885

5. Khoo Chee Yen, MOBILUB SUZUKI RACING TEAM, 23 :13.143

MSBK600

1. Muhd Helmi Azman, BOON SIEW HONDA RACING, 21 :54.289

2. Muhd Hakim Danish, SIC RACING, 21 :54.686

3. Muhd Idlan Haqimi Raduan, BOON SIEW HONDA RACING, 22 :50.007

4. Chiang Chih Ying, 22 :50.602

5. Fei Li, 23 :42.535

MSBK 250 (A)

1. Muhd Irfan Haykhal Amidi, BOON SIEW HONDA, 19 :46.414

2. Aan Riswanto, SCK HONDA RACING T EAM, 19 :46.575

3. Muhd Farid Hakimi Farid Sezli, BOON SIEW HONDA, 19 :46.741

4. Geoffrey Emanuel Reviven, GUSTO RACING TEAM, 20’28:547s

5. Danny Mikhail Khairul, SAVITAR RACING TEAM, 20’33:565s

MSBK250 (B)

1. Md Izrul Huzaimi, HORIZON RACING TEAM, 20’47:024s

2. Md Nur Haikal, HJ Racing Team,20’53:139s

3. Rakshith Dave, CRA MOTORSPORTS INDIA, 20’53:558s

4. Ke Huan Ni, 20’53:817s

5. Md Sharf Muhriz, SAVITAR RACING TEAM, 21’02:420s

Honda CBR250RR Challenge Cup

1. Md Shahrol Syazras, Malaysia, 20’22:021s

2. Ahmad Darwisy, Malaysia, 20’22:256s

3. Nguyen Duch Thanh, Vietnam, 20’38:503s

4. Ngueyn Huu Tri, Vietnam, 20’45:498s

5. Adib Hareez Hazwat, Malaysia, 20’50:748s

Berjaya Sompo Y16ZR Race MasterClass

1. Md Shafiq Ezzariq, WELLY RACING, 17’39:732s

2. Md Aliff Danial, HOCK LIONG MOTOR RACING, 17’39:765s

3. Ahmad Syukran Aizat, SOON CHYE, 17’39:792s

4. Abdullah Qayyum, NEW CHEN MOTORSPORTS, 17’40:045s

5. Emil Idzhar Ezuan, HIAP AIK RACING TEAM, 17’40:256s

*Kedudukan 5 Terbaik (Kecuali MSBK1000 A)